Sunday, 25 December 2011

Ukhuwah fillah


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,pada perkongsian kali ini, Aishah ingin membawa sebuah kisah daripada zaman Rasulullah mengenai sahabat yang sebenar. Pada posting yang lepas,sahabat semua sudah maklum mengenai ' True Love',kan? ❤ Apa salahnya kalau kita sama-sama mengetahui pasal sahabat pula. Bukankah sahabat yang selalu bersama kita,menghabiskan lebih masa bersama kita berbanding keluarga? Oleh itu,jom kita ikuti kisah ini ;p

* * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




Pada zaman Rasullullah,ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari,sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.


"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar-benar sahabat?"


Maka sahabatnya yang kedua menjawab.


"Bukankah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu apatah lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"


Sahabat yang pertama tadi membentak.


"Sesungguhnya kamulah manusia paling pendusta"


Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.


Sahabat pertama tadi menjawab.


"Pulanglah kau kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."


Sehari-harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.Keesokan harinya,pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.


"Wahai sahabat,puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu itu tetapi tidak juga kutemukan jawapannya. Katakanlah wahai sahabat. Apakah kesalahanku?"


Tanya sahabat kedua itu sambil menangis.


Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.


"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan Rasulullah ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?"


Sahabatnya menggeleng.


"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan?"


Sahabatnya menggelengkan kepala.


"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan Ramadhan?"


Sahabatnya menggeleng lagi.


"Pernah jugakah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?"


Sahabatnya menggeleng lagi,seraya menangis.


Namun sahabat pertama tadi meneruskan soalannya.


"Dan soalan ku yang terakhir... Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?"


Sahabat kedua mendiamkann diri,sambil menangis teresak-esak.


"Tidak pernah bukan? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah
membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau! Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.








Ingatlah, sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sudi berkawan dengan kita bukan kerana kita kaya, kita cantik, kita pintar dan memiliki berbagai kelebihan seperti itu. Ada sesetangah orang yang bersahabat dengan anak seorang ustaz yang terkenal kerana inginkan 'nama'. Masya-Allah. Dimana keikhlasan mereka dalam berukhuwah? Bukankah manusia telah diberikan Tuhan kelebihan masing-masing. Segalanya kenalah ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Kalau Allah redha,insyaAllah dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Oleh itu, sebagai muslim, kita diwajibkan untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Semuanya kerana Allah! Apabila kita lakukan sesuatu kerana Allah, amalan kita itu tidak sia-sia. Dan sudah tentu mendapat bonusnya! Sudah tentulah syurga jawapannya. 



Sahabat,ingat pesanan Aishah ini. Kalau sedang bercinta,bercintalah kerana Allah. Supaya kita dapat membawa kekasih kita ke syurga-Nya. Begitu juga dengan sahabat. Bersahabatlah kerana Allah. Agar ukhuwah itu tidak terputus begitu sahaja. Biar kekal hingga ke syurga. Tetapi,masalahnya sekarang... Apakah persediaan kita untuk membawa sahabat kita ke syurga Allah? Adakah kita sekadar bersahabat untuk berhibur dan mengisi ruang kosong yang ada di dalam jiwa? Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya mengingati Allah. Bukannya mengingati Allah seorang diri! Fikir-fikirkanlah.



Apabila kita tahu bahawa sahabat kita melakukan kesalahan,jangan terus memarahi dia. Kadangkala,kita terus menjauhkan diri daripada sahabat kita yang melakukan dosa. Mengapa? Bagaimana mahu sama-sama ke syurga? Ingatlah pesanan ini,hanya untuk menyedarkan kita yang sentiasa alpa. Jangan sesekali kita katakan kepada orang yang berdosa daripada kalangan saudara kita bahawa mereka najis,kotor dan tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau kita berkata demikian,kitalah yang berdosa sebenarnya! Menghukum manusia bukan tugas kita. Itu tugas Allah. Tugas kita adalah menyampaikan.Berusaha menyampaikan apa yang Allah arahkan. Sayangilah sahabat kita sepenuh hati seperti kita manyayangi diri sendiri. Jikalau kita inginkan yang terbaik untuk diri kita,lakukanlah yang terbaik buat sahabat kita..!


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuhkepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)"
(Az-Zukhruf : 67)



Oleh itu,mari kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Pernahkah kita melihat kedalam diri kita? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat? Cuba kita bayangkan sejenak wajah sahabat yang sering kehulu-kehilir bersama kita. Layakkah aku menjadi sahabat mereka? Renungkan sendiri dengan mata hati,bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri (termasuk diri ini). InsyaAllah,suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki kerana Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk menjadi yang terbaik! ☺




Semoga coretan ringkas ini mampu menjadikan kita insan yang lebih baik.



0 comments:

Post a Comment

Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^

Note: only a member of this blog may post a comment.