Thursday, 29 December 2011

Kanan itu berkat


Assalamualaikum wbt. Posting kali ini,Aishah ingin membawa semua untuk berfikir sejenak mengenai amalan seharian kita. Sahabat,sedarkah bahawa kita lebih banyak mengabaikan peluang yang Allah beri untuk manambahkan pahala. Simple sahaja tajuk kali ini. Tangan kanan dan tangan kiri. Harap semua dapat mengambil sedikit peringatan daripada coretan ringkas ini ;p


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



"Jangan makan dengan tangan kiri,guna tangan kanan."


Itu pesan ibu waktu kita kecil-kecil dulu. Kita hanya menurut tanpa mengetahui sebabnya.. Kadang-kadang kita anggap makan dengan tangan kanan menjadi satu adat. Sedangkan itu merupakan satu sunnah Rasululullah. Kalau kita laksanakan dapat pahala sunnah. Seronokkan!


Pasti sahabat pernah mendengar satu hadis,kisah Umar bin Abi Salamah yang menceritakan bahawa beliau ketika kanak-kanak pernah bersama Rsulullah SAW pada waktu makan. Lantas tangan beliau cuba mencapai makanan. Lalu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Wahai anak,sebutlah nama Allah (sebelum makan),makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu dahulu"


Hadis ini menunjukkan salah satu ajaran Islam yang sering ditekankan oleh Nabi SAW iaitu makan dengan menggunakan tangan kanan. Sebenarnya,dalam apa-apa sahaja amalan atau pekerjaan yang baik, kita disunatkan melakukannya dengan menggunakan tangan kanan atau anggota kanan seperti makan,mengambil,memberi,masuk ke dalam masjid,bersalaman,menyikat rambut dan seumpamanya. Rasulullah menyukai amalan menggunakan anggota sebelah kanan dalam setiap perkara dan memerintah semua orang Islam melaksanakannya.


"Rasulullah SAW menyukai amalan menggunakan anggota sebelah kanan semasa memakai ssepatu,menyikat rambut,bersuci dan semua urusannya.


"Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka makanlah dengan tangan kanannya. Apabila hendak minum,maka minumlah dengan tangan kanannya. Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.


"Dan kaedah pensyariatan yang berterusan ialah sunat memulakan dengan anggota sebelah kanan dalam semua urusan yang mulia dan berhias-hias (bersih),manakala urusan yang berlawanan (urusan kerja kotor atau kurang bersih),maka disunatkan padanya menggunakan anggota kiri."


Sahabat,ini adalah kaedah penting yang wajar menjadi pegangan umat Islam. Bagaimana dengan amalan kita? 'knowing is not enough,we must apply.. Willing is not enough,we must do..' Kadang-kadang,kita tidak sedar pergerakan tangan kita. Apa tangan yang kosong,tangan itulah yang kita gunakan untuk membuat sesuatu perkara. Kan dah rugi pahala dekat situ. Apa salahnya kita menggunakan tangan yang sepatutnya kita gunakan. Jikalau urusan yang mulia,rajin-rajinkan guna tangan kanan,jikalau urusan tidak baik,gunalah tangan kiri. Tup tup tup.. kita dapat menyumbangkan satu mata di account pahala kita. Untuk siapa kalau bukan untuk diri kita yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.


Setiap perkara,baik atau buruk pasti ada sebabnya. Kenapa itu dilarang,kenapa itu tidak? Meh sini,kita sama-sama berkongsi ilmu. Kenapa kita dilarang menggunakan anggota kiri?Kerana... kiri adalah amalan dan kebiasaan syaitan. Syaitan ialah musuh ketat manusia. Sejauh mana manusia itu pergi, maka syaitan akan tetap cuba untuk menarik mereka agar menjejaki cara syaitan. Masakan kita sanggup mengikut cara musuh kita itu? Tidakkah menyalahi amalan dan kebiasaan syaitan juga antara objektif yang ingin dicapai oleh manusia? Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman ,janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut jejak langkah itu,maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar" (Surah An-Nur 24:21)


Takutnya! Oleh sebab itu,menjadi satu objektif dalam setiap perbuatan yang kita lakukan hendaklah menyalahi cara syaitan. Sudah tentu jika kita menggunakan anggota kiri untuk melakukan perkara tersebut,itu menunjukkan kekalahan kita di tangan syaitan.


Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan seharian. Ingat,tangan kanan atau tangan kiri yang perlu digunakan? InsyaAllah,kita akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan merendah diri. Wallahua'lam.





0 comments:

Post a Comment

Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^

Note: only a member of this blog may post a comment.