Monday, 12 December 2011

Ubat marah adalah sabar






Alhamdulillah,hari ini sungguh indah lagi mendamaikan. Apa khabar iman di hati..? Bagaimana dengan jihad ilmu..? Hopefully,everything is going fine. InsyaAllah ^_^

Tajuk posting pada kali ini ada sedikit sebanyak berkaitan dengan diri kita sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan. Sahabat,pernah tak anda berasa marah? Bagaimana pula anda mengawal emosi tersebut? Sedarkah kita perasaan marah itu datangnya daripada syaitan yang merupakan musuh ketat kita sendiri?

Renung-renungkan dan fikir sejenak.. ;p Sekali-sekala,kita duduk sebentar,menghadap komputer @ laptop untuk beriman. Bukan beriman sebentar sahaja tetapi kita hendak membawa iman ini dalam seluruh kehidupan kita. Yang sebentar itu adalah masa untuk kita mengcas semula keimanan kita. Segalanya untuk menggapai cinta yang satu!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Kali ini Aishah ingin membawa sepotong hadis kepada semua sebagai muhasabah diri kita.


Satu hari,datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah,berikan aku nasihat"


Rasulullah SAW menjawab, "Jangan kamu marah"


Lelaki itu bertanya lagi, "Apakah ada nasihat yang lain,ya Rasulullah?"


Rasulullah SAW menjawab, "Jangan kamu marah"


Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab, "Jangan kamu marah"


Oleh itu sahabat sekalian,Aishah juga ingin memperingatkan kalian perkara yang sama seperti yang telah Rasulullah wasiatkan kepada lelaki tersebut. Janganlah kamu marah.


Andai Rasulullah dahulu marah-marah,benci-benci,maka nikmat Iman dan Islam itu tidak akan dirasai manusia pada hari ini dan sudah tentu perjalanan dakwah itu akan terbantut. Berjaya untuk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang. Ingatlah sahabat,sabar tidak bererti kalah. Malah yang sebenar sabar itu adalah pemenang. Dimenangkan oleh Allah SWT si sisi-Nya. Apakah kemuliaan yang lebih besar? Apakah kesenangan yang lebih besar,selain Allah bersama kita? Sesungguhnya,Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah;ayat 249 :


"Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar"


Allah sentiasa bersama kita wahai sahabat-sahabatku. Maka,apakah besar dugaan yang datang,berbanding dengan besarnya Allah bersama kita? Namun,siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah bersama-samanya pada saat dia diduga? Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersama-samanya saat marahnya diungkit? Jadi akhirnya,iman kita juga yang membantu kita,untuk merasai bahawa Dia ada bersama kita,ketika kita bersabar. Apabila kita bersabar,Allah Bersama kita! Dan manusia yang beriman sahaja mampu merasainya. Siapa yang tidak berasa Allah bersamanya ketika dia bersabar? Siapa yang rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia? Maka,jangan tanya kepada diri tidak boleh sabar. Jangan tengok diri,emosi dan sebagainya. Mari kita tengok dan periksa kembali iman kita. Bila kita tidak mampu bersabar,sebenarnya iman kita ada masalah. Kerana imanlah yang menjadikan kita berasa yakin bahawa Allah bersama dengan kita. ;p



Mari kita ikuti kisah Sayidina Ali. Dia tidak memenggal kepala orang yahudi yang meludahinya ketika peperangan,walaupun ketika itu dia berada di atas orang yahudi itu.Kenapa sahabat sekalian? Kerana dia takut dia membunuh orang yahudi itu bukan kerana Allah tetapi kerana mengikut nafsu amarah. Masya-Allah! Sudah memegang pedang,diludah dan berada di atas musuh tetapi Saiyidina Ali tidak meneruskan pancungannya. Malah,berkata "Aku takut aku membunuh kamu hanya kerana aku marah,bukan kerana Allah" Inilah dia orang yang beriman. Bagaimana kita?


Jadi,marilah kita bersabar dengan segala dugaan. Janganlah mudah melenting dengan ujian yang tiba. Yakinlah,Allah SWT itu bersama kita. Mari kita muhasabah,dan betulkan keimanan kita. Kita tidak mahu keimanan kita tergadai,hanya kerana beberapa orang sahaja. Malah,kita mahu beberapa orang itu merasakan apa yang kita rasa dengan keimanan ini. Apabila seseorang yang menjadi punca kemarahan kita melihat kita sabar,insyaAllah,dia turut mendapat kebaikan daripada kebaikan yang kita buat. Sahabat,kita bukan sahaja bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada,malah kita juga perlu memelihara dan mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian. Jom tambahkan account pahala....!!


Syukran.


Renungan buat semua~
























Segalanya indah kerana Allah!

0 comments:

Post a Comment

Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^

Note: only a member of this blog may post a comment.