Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt. Untuk posting kali ini,Aishah ingin berkongsi mengenai C.I.N.T.A. kerana Aishah tahu ramai sahabat yang masih kabur mengenai cinta yang hakiki (termasuk diri sendiri) Alhamdulillah,Aishah berjaya mengedit sebuah cerpen yang ada kaitan dengan cinta. I quoted this story from an Islamic novel. Semoga sahabat semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran ecspecially for the boys because you will be the head of the family. Selamat membaca! ^_^
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Assalamualaikum." Nazmi menepuk belakang Hafiz yang sedang khusyuk menghadap komputer riba. Sempat Nazmi memandang apa yang ada di skrin Hafiz. Ceramah oleh pendakwah Amerika yang terkenal -Khalid Yasin. Orang kulit hitam yang suaranya penuh semangat dalam menyampaikan kebenaran. Kata-katanya pula menusuk jiwa. Orangnya pula sederhana.
"Hafiz,beritahulah." Nazmi merayu kepada Hafiz agar meneruskan 'kuliah' yang tergendala pada pagi tadi kerana Hafiz mahu pergi awal ke universiti untuk membuat persiapan bagi menghadapi kelas pada hari ini.
"Fasal cinta?"
Nazmi mengangguk,segera duduk di atas katil Hafiz. Hafiz menghentikan sebentar video Khalid Yasin.
"Kau jatuh cinta pada siapa,sebenarnya?" Hafiz membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.
"Soalan itu dilarang,wahai ustaz Hafiz" Nazmi menggerakkan jari telunjuknya.
Hafiz ketawa kecil.
"Kau bercinta juga,bukan? Nazmi pula bertanyakan soalan.
Hafiz mengangguk. "Kau sudah tahu,bukan?"
Nazmi mengangguk. Dia dan Hafiz pernah berkongsi hal ini pada tahun lepas. Hafiz ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun,dia tidak melihat Hafiz termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Hafiz terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi,dia yakin, Hafiz selamat mengharungi alam percintaan ini.
"Sekarang bulan berapa?" Hafiz bertanya.
"Bulan sebelas." Nazmi memandang jam di tangan. "Apa kena-mengena soalan aku dengan bulan?"
"Aku mahu beritahu,aku mahu bertunang bulan satu nanti."
"What?" Nazmi terkejut besar. Hafiz tersenyum.
"Aku mahu bertunang bulan satu." Hafiz mengulang.
"Jahat! Lambat betul kau beritahu!"
"Habis,pihak perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas"
"Bila kau masuk melamar? Aku tak nampak kau terhegeh-hegeh pun?"
"Siapa kata cinta kena terhegeh-hegeh."
"Jadi kau bercinta sebelum kahwin?"
Hafiz mengangguk.
"But no date,no chit-chat,no facebooking,no call,no sms,nothing but letters from my future in-laws."
Mata Nazmi terbuka luas. Ya Allah,hebatnya sahabatku ini.
"Habis macam mana kau dekati dia?"
"Susah mahu cakap. Tapi,kau percaya Allah itu membolak-balikkan hati?"
Nazmi mengangguk. Ya,dia beriman dengan yang itu.
"Maka Allahlah yang mendekatkan dia kepada aku,bukan aku yang mendekati dia."
Sekali lagi Nazmi rasa terpukul. Ini satu keimanan,keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.
"Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya,kalau aku tak dapat dia,aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi,Allah izin,dia juga rupanya ada hati pada aku. Jadi,mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat!"
Nazmi diam.
"Berapa ramai Nazmi,dalam dunia ini yang bercinta, atas dasar keimanannya kepada Allah?" Hafiz menyoal.
Nazmi masih diam. Di dalam hati dia menjawab, 'sikit'
"Jadi tak boleh bercintalah? Aku tak faham. Kau kata,kau bercinta. Kalau aku tanya dengan orang 'alim pun mereka tentu jawab bercinta itu tidak boleh. Habis macam mana?"
"Ada aku kata tak boleh bercinta?"
Bilik itu senyap seketika. Benar juga,Hafiz tidak cakap,tidak boleh.
"Cinta..... siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta,jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Kalaulah sekarang aku bercerita mengenai seorang wanita yang solehah,baik budi pekerti,rajin,pandai... mesti hati kau terpikat dan ingin mengenali wanita tersebut. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia.Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Islam pun tak halang manusia untuk bercinta. Kalaulah Islam halang,itu bererti menghalang fitrah manusia.Tiada siapa yang boleh kawal perasaan cinta. Para ustaz pun,kalau mereka sudah jatuh cinta,jatuhlah juga. Islam turun untuk mengajar kita mengawal perasaan tersebut. Tetapi......"
"Tetapi?" Nazmi menangkat kening.
"Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan yang mengawal cinta"
Mata Nazmi membesar. Hatinya tercucuk lagi. Kenapa dia tidak nampak?
"Sebab itu,aku pernah kata,cinta perlu diiringi pengorbanan. Sayangnya,ramai yang tidak faham apakah maksud pengorbanan ini. Bukan korbankan maruah,harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa,harta dan diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah. Cuba renung balik kata-kata Ustaz Asyraf pada kuliah semalam. Kita diciptakan oleh Allah dan kepada dia jua kita akan dikembalikan. Kita singgah di dunia ini hanya sementara. Dunia ini milik siapa? Milik Allah. Lepas tu,Allah bagi udara,anggota badan,otak dan lain-lain. Tidakkah kita sedar semuanya kepunyaan Allah? Oleh itu,semua yang kita lakukan di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggapai redha-Nya. Bercinta pun begitu juga."
Hafiz terus bercerita. Nazmi menjadi pendengar setia. Walaupun dia sering mendengar Hafiz memberi ceramah dan sebagainya,entah mengapa,apabila hati terisi,berjam-jam pun tidak mengapa. Beratus kali pun,bosan tidak menyapa.
Hafiz menerangkan,betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampai dan menguatkan Islam. Keluarga dibina daripada dua individu,kemudian membiak. Disini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang akan memulakan keluarga itu. Perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Individu itu akan membentuk satu keluarga yang akan menjadi sebahagian daripada komuniti. Keluarganya itu pula secara tidak langsung akan menjadi duta Islam dalam masyarakat nanti.
"Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita dalam keadaan tidak bersedia,keimanan rapuh,kefahaman Islam tidak jelas?"
"Kita tidak akan mampu mentarbiyah anak-anak kita!"
"Anak-anak dan isteri sekali,Encik Nazmi. Dengan isteri sekali."
"Isteri? Kita carilah isteri yang solehah"
"Betul,tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah,isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RA? Setaat Fatimah RH? Setabah Asiah,isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam,ibu Isa? Secekal Yukabid,ibu Musa?"
"Semestinya tidak"
"Maka adalah penting untuk kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman Islam. Bina ketahanan. Bina rasional. Bina kekuatan. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti. Bukan masa mahu kahwin sahaja kita perlu Islamik. Kita mahu seluruh kehidupan kita juga Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT.
Nazmi terangguk-angguk.
"Dan harus diingat,jatuh cinta ini aneh. Kadang-kadang,kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah. Ada yang tabah,boleh mencabut rasa cintanya. Ada yang tak mampu. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah,sama ada kita mahu atau tidak,kita perlu persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita,yang nantinya akan menjadi guru pertama kepada anak-anak kita?"
Nazmi terpana. Masya-Allah! Indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Hafiz.
"Kawal rasa cinta itu,Nazmi. Kalau betul cinta,cinta biar ke syurga. Maka apakah persiapan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka dengan dating,bersms,calling dan sebagainya? Jangan sia-siakan pasangan yang Allah beri. Dah alang-alang bercinta di dunia,bawalah sekali cinta kau tu ke syurga"
Hafiz menumbuk lembut dada Nazmi. Nazmi berasa semacam sesuatu yang hangat meresap ke dalam lubuk hatinya. Soalan Hafiz itu terus berulang-ulang di dalam jiwa.
Apakah yang telah aku lakukan untuk membawa keluargaku ke syurga nanti?
Ya Allah,pimpinlah hatiku supaya terus mengingatimu!






0 comments:
Post a Comment
Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^
Note: only a member of this blog may post a comment.