Saturday, 10 December 2011

Apakah Tujuanmu Berblog..?



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,hari ini Aishah berpeluang mengupdate blog ini untuk berkongsi ilmu yang ada. Tadi,sewaktu Aishah mengunjungi satu blog Motivasi Islam,Aishah tertarik dengan satu tajuk yang dipost disitu. Oleh itu,Aishah 'copy and paste' supaya dapat berkongsi dengan sahabat sekalian. Selamat membaca...! Semoga dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada kita terutamanya kepada sesiapa yang bergelar wanita.. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * *





Mata ini memerhatikan bahawa semakin hari, semakin bertambah golongan blogger di Malaysia. Bermacam blog yang pernah dilewati dgn berbagai konsep dan berbagai tema.


Terkadang, timbul juga persoalan di minda tentang apa tujuan berblog sebenarnya? Maklumlah setiap perkara itu bermula dgn niat, sebagaimana sabda Rasulullulah SAW:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan,” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi apa tujuan kita? Adakah:


1. Mengharapkan ramai follower dan jutaan komen dari pembaca?


2. Mengharapkan ramai yang like dan share di Facebook


3. Sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan emosi.


Bila rasa nak marah, blog menjadi medan makian kita. Bila sedih, blog menjadi tempat kita menceritakan kisah kesedihan kita. Bila putus cinta, blog menjadi tempat kita menulis kembali kisah cinta dari awal sampai akhir.

Semua kisah kehidupan mengenai diri kita, semuanya kita tulis di situ. Satu dunia mengenali kita dan kisah hidup kita.


4. Tempat mencari populariti. Rasa bangga bila ramai yang kenal. Bila ke mana sahaja (sbg contoh: shopping mall) rasa bangga apabila mendengar ada yang berbisik-bisik menyebut-nyebut nama kita. Takpun, ada yg bersiul sewaktu kita melintasi di hadapan mereka. Lagi hebat, ada yang minta bergambar dan tanda tangan. Rasa hebat sangat. Rasa macam berada di syurga dunia.



5. Tempat menayangkan kecantikan diri. Boleh dikatakan 90% peratus ruangan side bar dipenuhi dengan gambar kita dgn pelbagai gaya. Make up berwarna biru, hijau, semuanya ada. Itu belum termasuk lagi bahagian entri di mana setiap entri ada gambar kita bergaya ala model.


Bila ada yg puji, terasa hidup seperti di awangan. Kemudian menatap wajah sendiri kerana merasakan diri sangatlah cantik sebagaimana pujian orang lain pada diri kita. Rasa ujub dan riak mula menyinggah hati. Bahaya itu semua sayang!


6. Tempat berkongsi citarasa fesyen yg dimiliki. Entri kita kebanyakannya berkisar tentang bagaimana untuk memakai selendang (shawl) dengan seribu satu gaya dan cara. Terpampang gambar-gambar kita dgn gaya mengalahkan model antarabangsa.


Tanpa kita sedar (ataupun kita memang sudah sedia maklum?) banyak mata mahram yg memandangnya. Banyak jugalah yg terpikat. Kita lupa akan kata-kata ini: Wanita yg baik ialah yg tidak memandang dan TIDAK DIPANDANG.


Tanya pada diri, tidak mahukah kita tergolong dalam golongan wanita yg baik?


Kalau ikutkan logik akal, sebenarnya nampak amat mudah kita membenarkan dunia memerhatikan setiap inci bentuk tubuh badan kita (in case pakai baju seksi dan ketat). Orang yg selalu singgah blog kita pun lebih tahu dari sahabat baik kita tentang setiap bucu dan 'angle' bentuk muka kita, tinggi rendah hidung kita, berapa darjah lekuk kening kita, betapa panjangnya bulu mata kita - sehinggakan amat susah bagi mereka untuk menjaga pandangan mereka kerana asyik tergoda.






7. Mempamerkan kisah artis dan bermodalkan aib orang lain. Tak dinafikan, trafik datang mencurah-curah. Carian di Google selalu mempamerkan blog kita teratas. Dalam mempamerkan kisah seribu satu artis, terselit kisah aib malah mengembar-gemburkan gosip-gosip yg entah benar entah tidak.


Andai ia benar, kita telah membuka kisah aib orang lain. Andai ia salah, kita telah memfitnahnya pula. Usahlah menanam benih-benih dosa yg boleh membawa kita kepada kemurkaan Allah dan seterusnya neraka. Tutuplah aib orang lain, agar Allah menutup aib kita pula di akhirat kelak.



ATAU


9. Kita menjadikan blog sebagai medan dakwah kita? Tidak salah menulis diari dan perasaaan dalam blog. Tidak salah berkongsi tips fesyen. Tidak salah untuk menyebarkan berita. Cuma pastikan apa yang kita lakukan itu tidak bercanggah dgn agama.


Bayangkan bila kita mati kelak. Segala apa yg buruk di blog kita itu menyebabkan kita semakin terseksa di alam sana. Ramai yang tengok aurat kita. Ramai yang membaca cacian dan makian kita. Ramai yang mencontohi keburukan di blog kita. Akhirnya kita mencipta dosa berantai.


Ingatlah wahai sahabat dan diri sendiri (terutamanya). Yang penting bukanlah populariti semata. Yang penting bukannya trafik yg tinggi berjuta-juta. Ingatlah, yang penting ialah mesej yg ingin disampaikan selamat tiba dan diamalkan oleh pembaca (dan yg paling penting, diri sendiri turut mengamalkannya).


Jom kita buat pahala berantai. Kita sebarkan kebaikan dan berikanlah contoh-contoh yg baik. Kita sebarkan ilmu-ilmu berguna yg dapat memberikan kita pahala berterusan apabila kita meninggalkan dunia ini kelak.


Kita tanam benih pahala dan jangan sesekali menanam benih dosa. Tinggalkan kejahatan walaupun ia memberi nikmat manis dan lakukanlah kebaikan walaupun terasa pahit.


Tanyalah pada diri, yang mana satukah kita? Sama-samalah kita berubah dan berterusan dalam melakukan amal kebaikan. InshaAllah!



Setiap apa yang ditulis di blogmu itu

Setiapnya akan dicatat raqib dan 'atid di kanan kirimu

Allah juga melihat segala tindakanmu

Maka apakah kamu tidak tahu?







0 comments:

Post a Comment

Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^

Note: only a member of this blog may post a comment.