Thursday, 29 December 2011

Kanan itu berkat


Assalamualaikum wbt. Posting kali ini,Aishah ingin membawa semua untuk berfikir sejenak mengenai amalan seharian kita. Sahabat,sedarkah bahawa kita lebih banyak mengabaikan peluang yang Allah beri untuk manambahkan pahala. Simple sahaja tajuk kali ini. Tangan kanan dan tangan kiri. Harap semua dapat mengambil sedikit peringatan daripada coretan ringkas ini ;p


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



"Jangan makan dengan tangan kiri,guna tangan kanan."


Itu pesan ibu waktu kita kecil-kecil dulu. Kita hanya menurut tanpa mengetahui sebabnya.. Kadang-kadang kita anggap makan dengan tangan kanan menjadi satu adat. Sedangkan itu merupakan satu sunnah Rasululullah. Kalau kita laksanakan dapat pahala sunnah. Seronokkan!


Pasti sahabat pernah mendengar satu hadis,kisah Umar bin Abi Salamah yang menceritakan bahawa beliau ketika kanak-kanak pernah bersama Rsulullah SAW pada waktu makan. Lantas tangan beliau cuba mencapai makanan. Lalu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


"Wahai anak,sebutlah nama Allah (sebelum makan),makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu dahulu"


Hadis ini menunjukkan salah satu ajaran Islam yang sering ditekankan oleh Nabi SAW iaitu makan dengan menggunakan tangan kanan. Sebenarnya,dalam apa-apa sahaja amalan atau pekerjaan yang baik, kita disunatkan melakukannya dengan menggunakan tangan kanan atau anggota kanan seperti makan,mengambil,memberi,masuk ke dalam masjid,bersalaman,menyikat rambut dan seumpamanya. Rasulullah menyukai amalan menggunakan anggota sebelah kanan dalam setiap perkara dan memerintah semua orang Islam melaksanakannya.


"Rasulullah SAW menyukai amalan menggunakan anggota sebelah kanan semasa memakai ssepatu,menyikat rambut,bersuci dan semua urusannya.


"Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka makanlah dengan tangan kanannya. Apabila hendak minum,maka minumlah dengan tangan kanannya. Hal ini kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.


"Dan kaedah pensyariatan yang berterusan ialah sunat memulakan dengan anggota sebelah kanan dalam semua urusan yang mulia dan berhias-hias (bersih),manakala urusan yang berlawanan (urusan kerja kotor atau kurang bersih),maka disunatkan padanya menggunakan anggota kiri."


Sahabat,ini adalah kaedah penting yang wajar menjadi pegangan umat Islam. Bagaimana dengan amalan kita? 'knowing is not enough,we must apply.. Willing is not enough,we must do..' Kadang-kadang,kita tidak sedar pergerakan tangan kita. Apa tangan yang kosong,tangan itulah yang kita gunakan untuk membuat sesuatu perkara. Kan dah rugi pahala dekat situ. Apa salahnya kita menggunakan tangan yang sepatutnya kita gunakan. Jikalau urusan yang mulia,rajin-rajinkan guna tangan kanan,jikalau urusan tidak baik,gunalah tangan kiri. Tup tup tup.. kita dapat menyumbangkan satu mata di account pahala kita. Untuk siapa kalau bukan untuk diri kita yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.


Setiap perkara,baik atau buruk pasti ada sebabnya. Kenapa itu dilarang,kenapa itu tidak? Meh sini,kita sama-sama berkongsi ilmu. Kenapa kita dilarang menggunakan anggota kiri?Kerana... kiri adalah amalan dan kebiasaan syaitan. Syaitan ialah musuh ketat manusia. Sejauh mana manusia itu pergi, maka syaitan akan tetap cuba untuk menarik mereka agar menjejaki cara syaitan. Masakan kita sanggup mengikut cara musuh kita itu? Tidakkah menyalahi amalan dan kebiasaan syaitan juga antara objektif yang ingin dicapai oleh manusia? Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman ,janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut jejak langkah itu,maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar" (Surah An-Nur 24:21)


Takutnya! Oleh sebab itu,menjadi satu objektif dalam setiap perbuatan yang kita lakukan hendaklah menyalahi cara syaitan. Sudah tentu jika kita menggunakan anggota kiri untuk melakukan perkara tersebut,itu menunjukkan kekalahan kita di tangan syaitan.


Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan seharian. Ingat,tangan kanan atau tangan kiri yang perlu digunakan? InsyaAllah,kita akan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan merendah diri. Wallahua'lam.





Sunday, 25 December 2011

Ukhuwah fillah


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,pada perkongsian kali ini, Aishah ingin membawa sebuah kisah daripada zaman Rasulullah mengenai sahabat yang sebenar. Pada posting yang lepas,sahabat semua sudah maklum mengenai ' True Love',kan? ❤ Apa salahnya kalau kita sama-sama mengetahui pasal sahabat pula. Bukankah sahabat yang selalu bersama kita,menghabiskan lebih masa bersama kita berbanding keluarga? Oleh itu,jom kita ikuti kisah ini ;p

* * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




Pada zaman Rasullullah,ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari,sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.


"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar-benar sahabat?"


Maka sahabatnya yang kedua menjawab.


"Bukankah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu apatah lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"


Sahabat yang pertama tadi membentak.


"Sesungguhnya kamulah manusia paling pendusta"


Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu.


Sahabat pertama tadi menjawab.


"Pulanglah kau kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."


Sehari-harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.Keesokan harinya,pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.


"Wahai sahabat,puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu itu tetapi tidak juga kutemukan jawapannya. Katakanlah wahai sahabat. Apakah kesalahanku?"


Tanya sahabat kedua itu sambil menangis.


Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.


"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan Rasulullah ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?"


Sahabatnya menggeleng.


"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan?"


Sahabatnya menggelengkan kepala.


"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan Ramadhan?"


Sahabatnya menggeleng lagi.


"Pernah jugakah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?"


Sahabatnya menggeleng lagi,seraya menangis.


Namun sahabat pertama tadi meneruskan soalannya.


"Dan soalan ku yang terakhir... Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?"


Sahabat kedua mendiamkann diri,sambil menangis teresak-esak.


"Tidak pernah bukan? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah
membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau! Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.








Ingatlah, sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sudi berkawan dengan kita bukan kerana kita kaya, kita cantik, kita pintar dan memiliki berbagai kelebihan seperti itu. Ada sesetangah orang yang bersahabat dengan anak seorang ustaz yang terkenal kerana inginkan 'nama'. Masya-Allah. Dimana keikhlasan mereka dalam berukhuwah? Bukankah manusia telah diberikan Tuhan kelebihan masing-masing. Segalanya kenalah ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Kalau Allah redha,insyaAllah dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Oleh itu, sebagai muslim, kita diwajibkan untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Semuanya kerana Allah! Apabila kita lakukan sesuatu kerana Allah, amalan kita itu tidak sia-sia. Dan sudah tentu mendapat bonusnya! Sudah tentulah syurga jawapannya. 



Sahabat,ingat pesanan Aishah ini. Kalau sedang bercinta,bercintalah kerana Allah. Supaya kita dapat membawa kekasih kita ke syurga-Nya. Begitu juga dengan sahabat. Bersahabatlah kerana Allah. Agar ukhuwah itu tidak terputus begitu sahaja. Biar kekal hingga ke syurga. Tetapi,masalahnya sekarang... Apakah persediaan kita untuk membawa sahabat kita ke syurga Allah? Adakah kita sekadar bersahabat untuk berhibur dan mengisi ruang kosong yang ada di dalam jiwa? Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya mengingati Allah. Bukannya mengingati Allah seorang diri! Fikir-fikirkanlah.



Apabila kita tahu bahawa sahabat kita melakukan kesalahan,jangan terus memarahi dia. Kadangkala,kita terus menjauhkan diri daripada sahabat kita yang melakukan dosa. Mengapa? Bagaimana mahu sama-sama ke syurga? Ingatlah pesanan ini,hanya untuk menyedarkan kita yang sentiasa alpa. Jangan sesekali kita katakan kepada orang yang berdosa daripada kalangan saudara kita bahawa mereka najis,kotor dan tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau kita berkata demikian,kitalah yang berdosa sebenarnya! Menghukum manusia bukan tugas kita. Itu tugas Allah. Tugas kita adalah menyampaikan.Berusaha menyampaikan apa yang Allah arahkan. Sayangilah sahabat kita sepenuh hati seperti kita manyayangi diri sendiri. Jikalau kita inginkan yang terbaik untuk diri kita,lakukanlah yang terbaik buat sahabat kita..!


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuhkepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)"
(Az-Zukhruf : 67)



Oleh itu,mari kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Pernahkah kita melihat kedalam diri kita? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat? Cuba kita bayangkan sejenak wajah sahabat yang sering kehulu-kehilir bersama kita. Layakkah aku menjadi sahabat mereka? Renungkan sendiri dengan mata hati,bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri (termasuk diri ini). InsyaAllah,suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki kerana Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk menjadi yang terbaik! ☺




Semoga coretan ringkas ini mampu menjadikan kita insan yang lebih baik.



Wednesday, 14 December 2011

True love ♥


 Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt. Untuk posting kali ini,Aishah ingin berkongsi mengenai C.I.N.T.A. kerana Aishah tahu ramai sahabat yang masih kabur mengenai cinta yang hakiki (termasuk diri sendiri) Alhamdulillah,Aishah berjaya mengedit sebuah cerpen yang ada kaitan dengan cinta. I quoted this story from an Islamic novel. Semoga sahabat semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran ecspecially for the boys because you will be the head of the family. Selamat membaca! ^_^

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * *  * * * * * * 





 "Assalamualaikum." Nazmi menepuk belakang Hafiz yang sedang khusyuk menghadap komputer riba. Sempat Nazmi memandang apa yang ada di skrin Hafiz. Ceramah oleh pendakwah Amerika yang terkenal -Khalid Yasin. Orang kulit hitam yang suaranya penuh semangat dalam menyampaikan kebenaran. Kata-katanya pula menusuk jiwa. Orangnya pula sederhana.


  "Hafiz,beritahulah." Nazmi merayu kepada Hafiz agar meneruskan 'kuliah' yang tergendala pada pagi tadi kerana Hafiz mahu pergi awal ke universiti untuk membuat persiapan bagi menghadapi kelas pada hari ini.


  "Fasal cinta?"


  Nazmi mengangguk,segera duduk di atas katil Hafiz. Hafiz menghentikan sebentar video Khalid Yasin.


  "Kau jatuh cinta pada siapa,sebenarnya?" Hafiz membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.


  "Soalan itu dilarang,wahai ustaz Hafiz" Nazmi menggerakkan jari telunjuknya.


  Hafiz ketawa kecil.


  "Kau bercinta juga,bukan? Nazmi pula bertanyakan soalan.


  Hafiz mengangguk. "Kau sudah tahu,bukan?"


  Nazmi mengangguk. Dia dan Hafiz pernah berkongsi hal ini pada tahun lepas. Hafiz ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun,dia tidak melihat Hafiz termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Hafiz terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi,dia yakin, Hafiz selamat mengharungi alam percintaan ini.


  "Sekarang bulan berapa?" Hafiz bertanya.


  "Bulan sebelas." Nazmi memandang jam di tangan. "Apa kena-mengena soalan aku dengan bulan?"


  "Aku mahu beritahu,aku mahu bertunang bulan satu nanti."


  "What?" Nazmi terkejut besar. Hafiz tersenyum. 


  "Aku mahu bertunang bulan satu." Hafiz mengulang.


  "Jahat! Lambat betul kau beritahu!"


  "Habis,pihak perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas"


  "Bila kau masuk melamar? Aku tak nampak kau terhegeh-hegeh pun?"


  "Siapa kata cinta kena terhegeh-hegeh."


  "Jadi kau bercinta sebelum kahwin?"


  Hafiz mengangguk.


  "But no date,no chit-chat,no facebooking,no call,no sms,nothing but letters from my future in-laws."


  Mata Nazmi terbuka luas. Ya Allah,hebatnya sahabatku ini.


  "Habis macam mana kau dekati dia?"


  "Susah mahu cakap. Tapi,kau percaya Allah itu membolak-balikkan hati?"


  Nazmi mengangguk. Ya,dia beriman dengan yang itu.


  "Maka Allahlah yang mendekatkan dia kepada aku,bukan aku yang mendekati dia."


  Sekali lagi Nazmi rasa terpukul. Ini satu keimanan,keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.


  "Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya,kalau aku tak dapat dia,aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi,Allah izin,dia juga rupanya ada hati pada aku. Jadi,mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat!"


  Nazmi diam.


  "Berapa ramai Nazmi,dalam dunia ini yang bercinta, atas dasar keimanannya kepada Allah?" Hafiz menyoal.


  Nazmi masih diam. Di dalam hati dia menjawab, 'sikit'


  "Jadi tak boleh bercintalah? Aku tak faham. Kau kata,kau bercinta. Kalau aku tanya dengan orang 'alim pun mereka tentu jawab bercinta itu tidak boleh. Habis macam mana?"


  "Ada aku kata tak boleh bercinta?"


  Bilik itu senyap seketika. Benar juga,Hafiz tidak cakap,tidak boleh.


  "Cinta..... siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta,jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Kalaulah sekarang aku bercerita mengenai seorang wanita yang solehah,baik budi pekerti,rajin,pandai... mesti hati kau terpikat dan ingin mengenali wanita tersebut. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia.Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Islam pun tak halang manusia untuk bercinta. Kalaulah Islam halang,itu bererti menghalang fitrah manusia.Tiada siapa yang boleh kawal perasaan cinta. Para ustaz pun,kalau mereka sudah jatuh cinta,jatuhlah juga. Islam turun untuk mengajar kita mengawal perasaan tersebut. Tetapi......"


  "Tetapi?" Nazmi menangkat kening.


  "Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan yang mengawal cinta"


  Mata Nazmi membesar. Hatinya tercucuk lagi. Kenapa dia tidak nampak?


  "Sebab itu,aku pernah kata,cinta perlu diiringi pengorbanan. Sayangnya,ramai yang tidak faham apakah maksud pengorbanan ini. Bukan korbankan maruah,harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa,harta dan diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah. Cuba renung balik kata-kata Ustaz Asyraf pada kuliah semalam. Kita diciptakan oleh Allah dan kepada dia jua kita akan dikembalikan. Kita singgah di dunia ini hanya sementara. Dunia ini milik siapa? Milik Allah. Lepas tu,Allah bagi udara,anggota badan,otak dan lain-lain. Tidakkah kita sedar semuanya kepunyaan Allah? Oleh itu,semua yang kita lakukan di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggapai redha-Nya. Bercinta pun begitu juga."


  Hafiz terus bercerita. Nazmi menjadi pendengar setia. Walaupun dia sering mendengar Hafiz memberi ceramah dan sebagainya,entah mengapa,apabila hati terisi,berjam-jam pun tidak mengapa. Beratus kali pun,bosan tidak menyapa.


  Hafiz menerangkan,betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampai dan menguatkan Islam. Keluarga dibina daripada dua individu,kemudian membiak. Disini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang akan memulakan keluarga itu. Perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Individu itu akan membentuk satu keluarga yang akan menjadi sebahagian daripada komuniti. Keluarganya itu pula secara tidak langsung akan menjadi duta Islam dalam masyarakat nanti.


  "Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita dalam keadaan tidak bersedia,keimanan rapuh,kefahaman Islam tidak jelas?"


  "Kita tidak akan mampu mentarbiyah anak-anak kita!"


  "Anak-anak dan isteri sekali,Encik Nazmi. Dengan isteri sekali."


  "Isteri? Kita carilah isteri yang solehah"


  "Betul,tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah,isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RA? Setaat Fatimah RH? Setabah Asiah,isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam,ibu Isa? Secekal Yukabid,ibu Musa?"


  "Semestinya tidak"


  "Maka adalah penting untuk kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman Islam. Bina ketahanan. Bina rasional. Bina kekuatan. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti. Bukan masa mahu kahwin sahaja kita perlu Islamik. Kita mahu seluruh kehidupan kita juga Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT.


  Nazmi terangguk-angguk.


  "Dan harus diingat,jatuh cinta ini aneh. Kadang-kadang,kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah. Ada yang tabah,boleh mencabut rasa cintanya. Ada yang tak mampu. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah,sama ada kita mahu atau tidak,kita perlu persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita,yang nantinya akan menjadi guru pertama kepada anak-anak kita?"


Nazmi terpana. Masya-Allah! Indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Hafiz.


  "Kawal rasa cinta itu,Nazmi. Kalau betul cinta,cinta biar ke syurga. Maka apakah persiapan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka dengan dating,bersms,calling dan sebagainya? Jangan sia-siakan pasangan yang Allah beri. Dah alang-alang bercinta di dunia,bawalah sekali cinta kau tu ke syurga"


  Hafiz menumbuk lembut dada Nazmi. Nazmi berasa semacam sesuatu yang hangat meresap ke dalam lubuk hatinya. Soalan Hafiz itu terus berulang-ulang di dalam jiwa.


  Apakah yang telah aku lakukan untuk membawa keluargaku ke syurga nanti?




Ya Allah,pimpinlah hatiku supaya terus mengingatimu!

Monday, 12 December 2011

Ubat marah adalah sabar






Alhamdulillah,hari ini sungguh indah lagi mendamaikan. Apa khabar iman di hati..? Bagaimana dengan jihad ilmu..? Hopefully,everything is going fine. InsyaAllah ^_^

Tajuk posting pada kali ini ada sedikit sebanyak berkaitan dengan diri kita sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan. Sahabat,pernah tak anda berasa marah? Bagaimana pula anda mengawal emosi tersebut? Sedarkah kita perasaan marah itu datangnya daripada syaitan yang merupakan musuh ketat kita sendiri?

Renung-renungkan dan fikir sejenak.. ;p Sekali-sekala,kita duduk sebentar,menghadap komputer @ laptop untuk beriman. Bukan beriman sebentar sahaja tetapi kita hendak membawa iman ini dalam seluruh kehidupan kita. Yang sebentar itu adalah masa untuk kita mengcas semula keimanan kita. Segalanya untuk menggapai cinta yang satu!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Kali ini Aishah ingin membawa sepotong hadis kepada semua sebagai muhasabah diri kita.


Satu hari,datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah,berikan aku nasihat"


Rasulullah SAW menjawab, "Jangan kamu marah"


Lelaki itu bertanya lagi, "Apakah ada nasihat yang lain,ya Rasulullah?"


Rasulullah SAW menjawab, "Jangan kamu marah"


Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab, "Jangan kamu marah"


Oleh itu sahabat sekalian,Aishah juga ingin memperingatkan kalian perkara yang sama seperti yang telah Rasulullah wasiatkan kepada lelaki tersebut. Janganlah kamu marah.


Andai Rasulullah dahulu marah-marah,benci-benci,maka nikmat Iman dan Islam itu tidak akan dirasai manusia pada hari ini dan sudah tentu perjalanan dakwah itu akan terbantut. Berjaya untuk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang. Ingatlah sahabat,sabar tidak bererti kalah. Malah yang sebenar sabar itu adalah pemenang. Dimenangkan oleh Allah SWT si sisi-Nya. Apakah kemuliaan yang lebih besar? Apakah kesenangan yang lebih besar,selain Allah bersama kita? Sesungguhnya,Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah;ayat 249 :


"Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar"


Allah sentiasa bersama kita wahai sahabat-sahabatku. Maka,apakah besar dugaan yang datang,berbanding dengan besarnya Allah bersama kita? Namun,siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah bersama-samanya pada saat dia diduga? Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersama-samanya saat marahnya diungkit? Jadi akhirnya,iman kita juga yang membantu kita,untuk merasai bahawa Dia ada bersama kita,ketika kita bersabar. Apabila kita bersabar,Allah Bersama kita! Dan manusia yang beriman sahaja mampu merasainya. Siapa yang tidak berasa Allah bersamanya ketika dia bersabar? Siapa yang rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia? Maka,jangan tanya kepada diri tidak boleh sabar. Jangan tengok diri,emosi dan sebagainya. Mari kita tengok dan periksa kembali iman kita. Bila kita tidak mampu bersabar,sebenarnya iman kita ada masalah. Kerana imanlah yang menjadikan kita berasa yakin bahawa Allah bersama dengan kita. ;p



Mari kita ikuti kisah Sayidina Ali. Dia tidak memenggal kepala orang yahudi yang meludahinya ketika peperangan,walaupun ketika itu dia berada di atas orang yahudi itu.Kenapa sahabat sekalian? Kerana dia takut dia membunuh orang yahudi itu bukan kerana Allah tetapi kerana mengikut nafsu amarah. Masya-Allah! Sudah memegang pedang,diludah dan berada di atas musuh tetapi Saiyidina Ali tidak meneruskan pancungannya. Malah,berkata "Aku takut aku membunuh kamu hanya kerana aku marah,bukan kerana Allah" Inilah dia orang yang beriman. Bagaimana kita?


Jadi,marilah kita bersabar dengan segala dugaan. Janganlah mudah melenting dengan ujian yang tiba. Yakinlah,Allah SWT itu bersama kita. Mari kita muhasabah,dan betulkan keimanan kita. Kita tidak mahu keimanan kita tergadai,hanya kerana beberapa orang sahaja. Malah,kita mahu beberapa orang itu merasakan apa yang kita rasa dengan keimanan ini. Apabila seseorang yang menjadi punca kemarahan kita melihat kita sabar,insyaAllah,dia turut mendapat kebaikan daripada kebaikan yang kita buat. Sahabat,kita bukan sahaja bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada,malah kita juga perlu memelihara dan mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian. Jom tambahkan account pahala....!!


Syukran.


Renungan buat semua~
























Segalanya indah kerana Allah!

Saturday, 10 December 2011

Apakah Tujuanmu Berblog..?



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,hari ini Aishah berpeluang mengupdate blog ini untuk berkongsi ilmu yang ada. Tadi,sewaktu Aishah mengunjungi satu blog Motivasi Islam,Aishah tertarik dengan satu tajuk yang dipost disitu. Oleh itu,Aishah 'copy and paste' supaya dapat berkongsi dengan sahabat sekalian. Selamat membaca...! Semoga dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada kita terutamanya kepada sesiapa yang bergelar wanita.. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * *





Mata ini memerhatikan bahawa semakin hari, semakin bertambah golongan blogger di Malaysia. Bermacam blog yang pernah dilewati dgn berbagai konsep dan berbagai tema.


Terkadang, timbul juga persoalan di minda tentang apa tujuan berblog sebenarnya? Maklumlah setiap perkara itu bermula dgn niat, sebagaimana sabda Rasulullulah SAW:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan,” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi apa tujuan kita? Adakah:


1. Mengharapkan ramai follower dan jutaan komen dari pembaca?


2. Mengharapkan ramai yang like dan share di Facebook


3. Sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan emosi.


Bila rasa nak marah, blog menjadi medan makian kita. Bila sedih, blog menjadi tempat kita menceritakan kisah kesedihan kita. Bila putus cinta, blog menjadi tempat kita menulis kembali kisah cinta dari awal sampai akhir.

Semua kisah kehidupan mengenai diri kita, semuanya kita tulis di situ. Satu dunia mengenali kita dan kisah hidup kita.


4. Tempat mencari populariti. Rasa bangga bila ramai yang kenal. Bila ke mana sahaja (sbg contoh: shopping mall) rasa bangga apabila mendengar ada yang berbisik-bisik menyebut-nyebut nama kita. Takpun, ada yg bersiul sewaktu kita melintasi di hadapan mereka. Lagi hebat, ada yang minta bergambar dan tanda tangan. Rasa hebat sangat. Rasa macam berada di syurga dunia.



5. Tempat menayangkan kecantikan diri. Boleh dikatakan 90% peratus ruangan side bar dipenuhi dengan gambar kita dgn pelbagai gaya. Make up berwarna biru, hijau, semuanya ada. Itu belum termasuk lagi bahagian entri di mana setiap entri ada gambar kita bergaya ala model.


Bila ada yg puji, terasa hidup seperti di awangan. Kemudian menatap wajah sendiri kerana merasakan diri sangatlah cantik sebagaimana pujian orang lain pada diri kita. Rasa ujub dan riak mula menyinggah hati. Bahaya itu semua sayang!


6. Tempat berkongsi citarasa fesyen yg dimiliki. Entri kita kebanyakannya berkisar tentang bagaimana untuk memakai selendang (shawl) dengan seribu satu gaya dan cara. Terpampang gambar-gambar kita dgn gaya mengalahkan model antarabangsa.


Tanpa kita sedar (ataupun kita memang sudah sedia maklum?) banyak mata mahram yg memandangnya. Banyak jugalah yg terpikat. Kita lupa akan kata-kata ini: Wanita yg baik ialah yg tidak memandang dan TIDAK DIPANDANG.


Tanya pada diri, tidak mahukah kita tergolong dalam golongan wanita yg baik?


Kalau ikutkan logik akal, sebenarnya nampak amat mudah kita membenarkan dunia memerhatikan setiap inci bentuk tubuh badan kita (in case pakai baju seksi dan ketat). Orang yg selalu singgah blog kita pun lebih tahu dari sahabat baik kita tentang setiap bucu dan 'angle' bentuk muka kita, tinggi rendah hidung kita, berapa darjah lekuk kening kita, betapa panjangnya bulu mata kita - sehinggakan amat susah bagi mereka untuk menjaga pandangan mereka kerana asyik tergoda.






7. Mempamerkan kisah artis dan bermodalkan aib orang lain. Tak dinafikan, trafik datang mencurah-curah. Carian di Google selalu mempamerkan blog kita teratas. Dalam mempamerkan kisah seribu satu artis, terselit kisah aib malah mengembar-gemburkan gosip-gosip yg entah benar entah tidak.


Andai ia benar, kita telah membuka kisah aib orang lain. Andai ia salah, kita telah memfitnahnya pula. Usahlah menanam benih-benih dosa yg boleh membawa kita kepada kemurkaan Allah dan seterusnya neraka. Tutuplah aib orang lain, agar Allah menutup aib kita pula di akhirat kelak.



ATAU


9. Kita menjadikan blog sebagai medan dakwah kita? Tidak salah menulis diari dan perasaaan dalam blog. Tidak salah berkongsi tips fesyen. Tidak salah untuk menyebarkan berita. Cuma pastikan apa yang kita lakukan itu tidak bercanggah dgn agama.


Bayangkan bila kita mati kelak. Segala apa yg buruk di blog kita itu menyebabkan kita semakin terseksa di alam sana. Ramai yang tengok aurat kita. Ramai yang membaca cacian dan makian kita. Ramai yang mencontohi keburukan di blog kita. Akhirnya kita mencipta dosa berantai.


Ingatlah wahai sahabat dan diri sendiri (terutamanya). Yang penting bukanlah populariti semata. Yang penting bukannya trafik yg tinggi berjuta-juta. Ingatlah, yang penting ialah mesej yg ingin disampaikan selamat tiba dan diamalkan oleh pembaca (dan yg paling penting, diri sendiri turut mengamalkannya).


Jom kita buat pahala berantai. Kita sebarkan kebaikan dan berikanlah contoh-contoh yg baik. Kita sebarkan ilmu-ilmu berguna yg dapat memberikan kita pahala berterusan apabila kita meninggalkan dunia ini kelak.


Kita tanam benih pahala dan jangan sesekali menanam benih dosa. Tinggalkan kejahatan walaupun ia memberi nikmat manis dan lakukanlah kebaikan walaupun terasa pahit.


Tanyalah pada diri, yang mana satukah kita? Sama-samalah kita berubah dan berterusan dalam melakukan amal kebaikan. InshaAllah!



Setiap apa yang ditulis di blogmu itu

Setiapnya akan dicatat raqib dan 'atid di kanan kirimu

Allah juga melihat segala tindakanmu

Maka apakah kamu tidak tahu?







Friday, 9 December 2011

Qalbun jadid



Assalamualaikum wbt.. Kaifahalukum jami'an..?? Aishah harap semuanya dalam keaadaan yang baik-baik sahaja. Hari ini sungguh mendamaikan. Sang matahari tidak pernah kedekut memberikan kita cahaya yang secukupnya. Udara yang Allah bagi membantu kita untuk bernafas demi meneruskan kehidupan kita.. ^_^ Jom kita sama-sama ucapkan  Alhamdulillah.. c: Sukran jazilan,Ya Allah..!

Hari ini,Aishah ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Kalau kamu semua ingin menambahkan ilmu pengetahuan,meh sini.. Duduk biar selesa,sediakan mata dan hati.. Niatkan segalanya kerana Allah. Sesungguhnya,setiap yang kita lakukan ikhlas kerana-Nya,insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. Untung-untung,hari ini kita dapat menambahkan beberapa mata di account pahala kita >_<

Take care of heart..



Sebelum itu,Aishah ingin bertanya satu soalan.. Siapa dekat sini ada hati..?? Hehehe.. Confirm la semuanya mempunyai hati.. Lagipun,sepanjang Aishah hidup di dunia ini,tidak pernah pulak dengar ada manusia yang tiada hati. Kalau tiada tangan atau kaki itu adalah dengar.. Hmmm.. Bersyukurlah sesiapa yang mempunyai hati yang masih hidup. Mesti semua tertanya-tanya,ada ke hati yang mati?? Meh sini Aishah jawab..

Sabda Rasulullah SAW :-

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.


Siapa nak hati yang indah macam ni?

Hati adalah raja dalam diri kita. Jikalau baik hati itu memerintah, baiklah kelakuan kita. Jikalau tidak,sudah tentu sebaliknya. Oleh itu,kita kena menjaga hati,supaya hati kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan sepenuhnya demi manggapai keredhaan Ilahi. Hati juga dikatakan punca segala-galanya. Jika tidak berpunca daripada hati yang kotor,manusia tidak akan melakukan maksiat kepada penciptanya, memalukan saudaranya, dan menyakitkan hati orang yang menyayanginya. Namun,kita sering menghiraukaan gelagat hati kita. Kita sentiasa menghiraukan hati kita dengan titik-titik hitam dan dihinggapi dengan berbagai panyakit hati. Lantas,segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah.

Ingatlah,sahabat sekalian.. Allah tidak pernah membiarkan hambanya keseorangan. Malah,Dia menurunkan Al-Quran yang merupakan mukjizat yang terulung dan tiada tolak bandingnya,bahkan ia juga merupakan ubat bagi hati yang berpenyakit. Apabila kita melazimkan diri dengan membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran itu,sudah tentu kita akan memperoleh ketenangan hati dan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai daripada mengingati Allah. Firman Allah SWT :-

“ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Sahabat,pernahkah anda semua merasai bahawa kadang-kadang hati kita kosong,tiada apa-apa. sedarkah kita bahawa perasaan itu menghantui kita tatkala tercebur dalam kancah dosa dan maksiat..? Memang benarlah jawapannya. Disebabkan dosa,kita yang sudah islam ni punboleh terlempar jauh dan terpinggir daripada kasih sayang Allah. Ahh... penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah daripada Allah SWT ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang mati hatinya. Na'uzubillahiminzalik... Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Semua yang berlaku mengikut hawa nafsu semata-mata. Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.. Mari kita muhasabah diri,adakah hati kita begitu..? ('',)

Subhanallah,sungguh besar nikmat hati yang engkau kurniakan kepada kami.. Tetapi,kenapa masih ada insan yang membunuh sekeping hati yang tidak berdosa, dengan melayari website yang tidak berfaedah,mencarut,menonton konsert,bersosial dan sebagainya. Sahabat,janganlah kita seksa hati yang Allah beri sehingga hati menjadi tidak tenang dalam kedudukan sebagai fitrah yang dilakukan oleh hati. Hakikatnya,fitrah hati kita amat menyukai kedamaian dan ketenangan. Betul juga kata orang, dengan hati yang berhawa nafsu mampu mengubah MALAIKAT  MENJADI IBLIS,MANUSIA MENJADI SYAITAN,ULAMA' MENJADI PENJENAYAH...
Oleh itu sahabat, marilah sama-sama menjaga hati kurniaan Ilahi ini.. ;p

Syukran... ;)







Wednesday, 7 December 2011

Rabi'atul Adawiyah


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..
KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."









KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."








KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.