Alhamdulillah,walaupun sudah lewat malam tetapi masih diberi kekuatan untuk menyebarkan mutiara-mutiara pesanan untuk kita yang sentiasa alpa. Semoga ada manfaatnya! Tidak dapat hadir ke majlis ilmu pun tidak mengapa. jangan sedih-sedih. Jom,jom,jom...
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Senyum itu indah,salam itu mudah. Mudah tetapi payah. Itulah yang boleh disimpulkan tentang sikap memberi salam dan senyum dalam kalangan kita. Senyum itu mudah kerana mengikut ahli sains,kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka untuk mengerutkan dahi. Menurut sains juga,senyum mampu merendahkan tekanan darah,menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan penyakit. Hebat ciptaan Allah. Senyum juga boleh buat diri kita lebih tenang. Tidak percaya? Ketika sahabat tengah gemuruh,cuba senyum. Anda mampu merasai ketenangannya!
![]() |
| Senyum,tidak perlu kata apa-apa (: |
Senyum itu payah kerana ia melibatkan soal hati. Apabila hati tidak mahu,seseorang tidak akan mampu senyum walau semudah manapun untuk dilakukan. Jikalau dipaksa juga,itulah keluar istilah 'senyum tidak ikhlas' kerana kemanisan senyum itu dilakar daripada hati yang ikhlas. Mungkin kerana tekanan kehidupan sebagai seorang pelajar,yang sentiasa sibuk dengan urusan sekolah..kerja sekolah yang bertimbun,kena marah dengan cikgu ataupun bergaduh dengan kawan menjadi faktor untuk seseorang sukar melakarkan senyuman dibibir. Apabila hati dalam keadaan marah,gundah dan bimbang,seseorang itu tidak akan senyum. Bukan kerana tidak mampu,tetapi kerana tidak mahu. Tetapi..sampai bila kita ingin ikutkan kata hati? Sekiranya selama setahun kita ditimpa masalah,maksudnya selama itu jugalah kita tidak akan senyum? Hihi.. Astaghfirullahhal'azhim. Janganlah sampai begitu. Senyum dan salam itu ibarat adik beradik,kedua-duanya ibarat minyak untuk memarakkan api persaudaraan.
Sahabat nak tahu,senyum dan salam merupakan budaya hidup di dalam syurga. Di syurga nanti penghuninya sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam antara mereka. Justeru,jika kita ingin memasuki syurga,maka cara hidup ahli syurga itu hendaklah kita amalkan terlebih dahulu.
Aishah rasa kebanyakan daripada kita sudah maklum dengan hadis ini.
"Hak seorang muslim atas muslim yang lain itu ada enam. Antaranya,jika kamu bertemu dengannya hendaklah kemu mengucapkan salam" (Riwayat Muslim)
"Hak seorang muslim atas muslim yang lain itu ada enam. Antaranya,jika kamu bertemu dengannya hendaklah kemu mengucapkan salam" (Riwayat Muslim)
Jika kita ikuti sirah Rasulullah,kita akan dapati bahawa memberi salam terlebih dahulu adalah salah satu ciri yang ada pada diri baginda. Baginda tidak pernah gagal untuk mengucapkan salam terlebih dahulu berbanding orang lain. Setiap kali bertemu dengan seseorang,baik dewasa mahupun kanak-kanak,dari dekat mahupun jauh,baginda pasti memberi salam terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun,terdapat beberapa orang sahabat yang ingin berusaha menjadi orang pertama yang memberi salam kepada Rasulullah,tetapi tidak berjaya. Ada satu ketika,mereka bersembunyi di laluan yang biasa baginda lalui. Apabila melihat dari jauh baginda akan melalui jalan tersebut,mereka pun bersiap sedia untuk mengucapkan salam.
Namun,sebelum sampai di tempat persembunyian mereka,baginda lebih awal berkata,
"Assalamualaikum,wahai orang yang berada di belakang dinding. Aku tidak mahu menjadi orang yang lambat dalam memberi salam sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir"
Subhanallah. Hebat,kan? Berbezanya dengan kita.
Mereka yang bersembunyi pun keluar dari tempat persembunyian mereka dengan perasaan malu sambil menjawab salam Rasulullah.
Berbalik semula kepada diri kita. Kadang-kadang kita suruh kawan yang tolong berikan salam kerana malas. Mengapakah ada kalanya kita teragak-agak untuk memberi salam kepada mereka terutamanya insan-insan yang kita kenali? Sedangkan kita tahu dan pasti ada ganjaran yang akan kita peroleh. Tidak mahu ke dengan semua itu? Tanpa modal dan tenaga untuk melaksanakannya. Contohi Rasulullah,berlumba-lumba dalam memberi salam dengan ikhlas tanpa ada niat yang lain kerana ia salah satu cara menjalin ukhuwah dan persaudaraan.
Mereka yang bersembunyi pun keluar dari tempat persembunyian mereka dengan perasaan malu sambil menjawab salam Rasulullah.
Berbalik semula kepada diri kita. Kadang-kadang kita suruh kawan yang tolong berikan salam kerana malas. Mengapakah ada kalanya kita teragak-agak untuk memberi salam kepada mereka terutamanya insan-insan yang kita kenali? Sedangkan kita tahu dan pasti ada ganjaran yang akan kita peroleh. Tidak mahu ke dengan semua itu? Tanpa modal dan tenaga untuk melaksanakannya. Contohi Rasulullah,berlumba-lumba dalam memberi salam dengan ikhlas tanpa ada niat yang lain kerana ia salah satu cara menjalin ukhuwah dan persaudaraan.
Senyum dan salam tidak boleh dipisahkan. Cuba sahabat bayangkan sekiranya kita memberi salam tanpa senyum. Pelikkan? Tidak mesra. Dan..sekiranya kita sekadar senyum tanpa beri salam,macam tidak complete pula. Oleh itu,kita satukan kedua-duanya khas untuk saudara seislam kita!
Perkongsian yang ringkas. Jom kita sama-sama senyum dan sebarkan salam! Assalamualaikum,semua ^^





0 comments:
Post a Comment
Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^
Note: only a member of this blog may post a comment.