Sedih. Itu yang mampu Aishah ungkapkan buat masa ini. Sedih untuk sesuatu yang bermakna. Aishah tidak mahu rasa sedih yang ada nilainya ini dirasai seorang diri. Aishah nak sebarkan kesedihan ini supaya masing-masing dapat merasai tempiasnya. Boleh x? Kalau nak rasa,sediakan mental dan fizikal..dan HATI untuk menghayatinya. Bismillahirrahmanirrahim. Perlukan kekuatan dariMu untuk sebarkannya! Semoga Allah izinkan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Terkadang kita duduk bersendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti.
"Kenapa hatiku rasa sunyi?
"Kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh daripada Allah? Semuanya rasa serba tidak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan daripadaku? Astaghfirullahal'azim."
Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita,tidak kira siapa dan ianya tidak lain berpunca daripada diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya. Silapnya tentu ada pada diri kita. Jangan salahkan orang lain.
Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini,itulah punca dan sebab musababnya. Jangan ingat dosa dan maksiat hanya sekadar berzina,minum arak berjudi dan sebagainya. Mungkin pergaulan yang tidak terjaga,banyak dengar lagu-lagu lagha di internet,mencarut,menipu,dendam dan sebagainya yang mungkin kita tidak sedar bahawa itulah punca menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin renggang dan langsung menjauhkan kita daripada limpahan rahmat-Nya.
Sungguh,tidak boleh berbohong lagi. Jiwa kita tidak boleh menerima 'petaka' ini dan hati nurani kita berasa tidak selesa dengan situasi ini. Walhal,terpisah daripada ibu kandung sendiri pun sudah terasa sedih yang maximum dan hidup jadi tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh daripada rahmat Allah yang tiada tolok bandingnya. Diri benar-benar tidak sanggup!
Cuba kita fikirkan sejenak. Seandainya kita kumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan iaitu untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkan segala keresahan yang tersimpan kerana terpisah daripada rahmat Allah,memang ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut. Pergilah kelab malam untuk berseronok, Taman tema untuk gembirakan hati,dengar lagu yang rancak-rancak..hatta sekadar lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi pun tidak mampu pulihkan kegembiraan hati,sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa. Pernah tak alami sedemikian? Renungkan semula (termasuk diri ini)
Cuba kita fikirkan sejenak. Seandainya kita kumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan iaitu untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkan segala keresahan yang tersimpan kerana terpisah daripada rahmat Allah,memang ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut. Pergilah kelab malam untuk berseronok, Taman tema untuk gembirakan hati,dengar lagu yang rancak-rancak..hatta sekadar lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi pun tidak mampu pulihkan kegembiraan hati,sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa. Pernah tak alami sedemikian? Renungkan semula (termasuk diri ini)
Ya Allah...penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah daripada Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya,bukan untuk mereka yang mati hatinya.Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Langsung tidak sensitif dengan apa-apa yang berlaku di sekitarnya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.
Sahabat,bagaimana dengan diri kita semua sekarang ini? Pernahkah sewaktu kita merasai yang diri ini amat jauh daripada Allah semasa diri terjebak dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Disebabkan dosa,kita yang sudah Islam (ditarbiyah di sekolah agama) ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir daripada rahmat Allah. Bayangkan betapa jauhnya rahmat dan pandangan Allah kepada diri kita saat ini. Macam mana dakwah kita nak diterima orang? Kalau diri sendiri pun masih terkapai-kapai mencari cinta Allah.
Astaghfirullahal'azim..Allah.
Tenang. Sabar. Cekal. Tabah. Terus memburu rahmat-Nya. Tidak perlu pegang senjata. Usaha dan usaha.
Hakikatnya,kita sangat memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Mengakulah tentang itu. Jangan bohong dengan diri sendiri. Kita tidak rela terpisah daripada rahmat dan pandangan Allah walaupun sesaat. Apabila Allah mula berlepas tangan daripad kita,bermakana bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Syaitan dan nafsu tidak akan berhenti mewujudkan hijab antara hamba dengan Allah. Kuatkan hati untuk berperang dengan itu. Saudara kita di Palestin lebih hebat dugaanya disana tetapi mereka masih mampu berjuang untuk mencari redha Allah
Sudah-sudah la tu (diri ini dan sahabat). Sudahlah menderita terpisah berjauhan daripada Allah. Akibat terpinggir itu,diri kita semakin malas untuk hadir majlis-majlis ilmu,tidak ada kekuatan nak menjalankan amanah yang diberi,lemah dan tiada semangat.Baca al-Quran pun jarang. Apatah lagi ma'thurat. Hanya inginkan keseronokan dan berfoya-foya sahaja. Sehinggakan tiada lagi kasih sayang sesama manusia. Dosa telah memusnahkan segala kebaikan. Perasaan dendam,benci,angkuh,bongkak,sukar terima teguran dan segala penyakit hati sudah menyelinap masuk ke dalam hati.
Jika begitu keadaannya,bawalah diri bermuhasabah. Ingat tak lagi kisah tiga oarang sahabat yang dihukum Allah kerana tidak mengahadirkan diri dalamp peperangan Tabuk tanpa keuzuran (sewaktu kem UP,Usrah Profesional..kalau tidak silap) Dalam tempoh tiga bulan,mereka merasai kehidupan cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah,malah turut dipinggirkan oleh Rasulullah dan seluruh umat Islam. Selama tempoh itu,mereka menangis siang dan malam,tidak berhenti memohon keampunan daripada Allah. Kenapa mereka merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu tepisah daripada rahmat-Nya. Itulah kesan dosa dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang mempunya hati yang masih hidup dan mekar. Aishah harap hati kita masih sihat dan seperti hati tiga orang sahabat itu.
Sedihkan bila berjauhan dengan Allah. Kita lahir didunia saat Rasul dan sahabat telah tiada,zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa.Ramai masyarakat Islam,namun Islam tiada lagi dalam hati. Tetapi Aishah bersyukur kerana masih ada yang ingin melihat Islam mekar. Sahabat. Syukran'alaikum! Kuatkan langkah kita!






Kuatkan hati untuk melihat Islam bersinar kembali.
ReplyDeleteBina semula hati yang kian rapuh..