❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉
PAKAR PERUBATAN ANDA : Allah Azzawajalla
Anda sedang menghadapi masalah jiwa? Rawatinya dengan segera dengan meminta bantuan pakar perubatan anda!
PERINGKAT SIMPTOM PENYAKIT.
- Pesakit melakukan maksiat,tetapi kemudiannya timbul rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan. Ada keinginan untuk berjaga-jaga daripada melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan datang. Ini merupakan simptom awal.
- Biasa dengan dosa. Dosa yang kerap dilakukan menyebabkan terkikisnya rasa bersalah pada Allah. Semakin lama,virus dosa sudah sebati dalam diri.
- Seronok buat dosa. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal,pesakit jiwa rasa didodoikan dengan dosa yang dilakukan. Mereka ketagih untuk terus melakukan dosa.
- Mempromosi dosa. Sudahlah menjadi pesakit,orang ramai turut sama disebarkan dengan virus penyakit. Hati-hati dengan pesakit jiwa!
SIMPTOM SEMAKIN TERUK JIKA TIDAK DIRAWAT LEBIH AWAL..!!
PETANDA JIWA SEMAKIN SIHAT.
- Perasaan lebih tenang.
Pesakit dapat menjalani kehidupan seharian tanpa kecewa. Jika terkesan dengan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh hati,mereka segera mengingatkan diri bahawa ketentuan Allah adalah terbaik. Tiada lagi rasa kegelisahan di hati. - Hati terasa dipandu.
Hati yang sakit dikawal oleh daya fikir yang juga sakit. Hal sebaliknya bagi orang yang sihat jiwanya. Hati mereka dipandu oleh kekuatan cahaya Ilahi. - Akal positif.
Mereka bertindak berdasarkan wahyu daripada Allah. Mendahulukan hak Allah sebenarnya menyebabkan hak akal mereka terpelihara.
Alhamdulillah sekiranya kita masih mempunyai simptom-simptom di atas. Hargai dan pelihara betul-betul. Jangan sampai jatuh sakit pula. Berusaha untuk menjaganya.
PUNCA JIWA KOSONG
PUNCA JIWA KOSONG
Tujuan hidup masih belum jelas. Persoalan-persoalan seperti :
✿ Siapa yang menciptakan aku?
✿ Untuk apa aku diciptakan?
✿ Ke mana aku selepas dunia musnah?
perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat. Sekiranya kita mempunyai jawapan dan jelas dengan jawapan bagi soalan di atas,tentu hidup ini penuh bermakna,jiwa tidak akan kosong. Kadang-kadang jiwa kita bukannya perlukan hadiah ◫ bunga✿ cincin ◎ tetapi hanya kata-kata yang meyakinkan kita bahawa setiap diri kita mempunyai makna dalam kehidupan ini. Manusia merasakan kehidupannya amat bermakna untuk tidak dibiarkan kosong apabila memahami dirinya hamba Allah.
perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat. Sekiranya kita mempunyai jawapan dan jelas dengan jawapan bagi soalan di atas,tentu hidup ini penuh bermakna,jiwa tidak akan kosong. Kadang-kadang jiwa kita bukannya perlukan hadiah ◫ bunga✿ cincin ◎ tetapi hanya kata-kata yang meyakinkan kita bahawa setiap diri kita mempunyai makna dalam kehidupan ini. Manusia merasakan kehidupannya amat bermakna untuk tidak dibiarkan kosong apabila memahami dirinya hamba Allah.
UBAT JIWA DAN CARA PENGGUNAANNYA
Membaca Al-Quran.
- Jadikan Al-Quran sebagai ubat motivasi.
- Terapkan ajaran Al-Quran dalam realiti kehidupan.
- Ambil ilmu daripada Al-Quran dan mengamalkannya.
- Berusaha disiplinkan diri mengkhatamkan bacaan Al-Quran paling kurang 3 bulan sekali.
Qiamulail.
- Mulakan dengan yang sedikit. Yang penting,dapat melakukan qiamulail secara istiqamah.
- Bangun malam sebulan sekali,kemudian latih untuk bangun malm seminggu sekali pula.
- Kejut orang lain untuk qiamulail bersama. Setidak-tidaknya,kita lebih bersemangat untuk beribadah dengan rakan.
Istighfar.
- Baca perlahan-lahan untuk mengahayati makna yang dilafazkan. Maksud bacaan istighfar :
"Aku memohon keampunan-Mu,tiada Tuhan kecuali Engka yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah,aku bertaubat kepada-Mu. - Istighfar apabila tiada perkara yang hendak dilakukan. Biasakan istighfar di dalam hati.
Mengingati mati.
- Penuhi aktiviti harian dengan amalan yang boleh menjamin kita di dalam kubur kelak. Apakah amalan yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah nanti? Jangan terkurang dos pangambilannya dalam sehari!
Menangis dan mengadu.
- Tiada yang lebih kuat melainkan Allah. Sekiranya kita hendakkan kekuatan,jangan malas untuk meminta kepdaNya. Semoga dengan pengaduan kepada Rabb,Dia segera menyembuhkan penyakit jiwa.
Hadis Nabi SAW,maksudnya :
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah."
CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA
- Usah tergesa.
Sesuatau tindakan perlu difikirkan sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam bertindak. Dahulukan kehendak agama. - Jauhi hasad.
Perasaan hasad meruntuhkan bangunan amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya memakan diri sendiri,bukannya orang yang dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain. - Tawaduk.
Orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. Hakikatnya,sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia lain. - Berhenti berangan-angan panjang.
Berangan-angan umur masih panjang dan masa masih banyak untuk membuat bekal amalan? Hentikan berangan-angan yang tidak sudah. Menunda-nunda perbuatan yang baik atau tidak gerun pada azab melakukan dosa kerana merasakan masa masih panjang hanya merugikan diri sendiri. Jom segera beramal! - Isi sebelum kosong.
Untuk mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa. Untuk mengelakkan kembali sakit,isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan berdoa,teruskan juga membaca Al-Quran dan turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan,lantas dijauhkan daripada jiwa yang kosong,sakit dan melarat. Masa itu,wad ICU pun sukar untuk menerima!






0 comments:
Post a Comment
Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^
Note: only a member of this blog may post a comment.