Wednesday, 19 December 2012

Bersyukur dengan kejayaan.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Syukur. Syukran,Ya Allah. Cuti sekolah yang dihabiskan dirumah memberikan Aishah peluang untuk menggunakan masa yang berkualiti untuk berkongsi dengan anda yang membaca. Melayani karenah adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan PMR ada kalanya melucukan dan ada kalanya Aishah beristighfar panjang menahan kesabaran bagi memujuk hati mereka yang sedang bersedih. 

"Sudahlah,jangan terlalu bersedih. Bukan rezeki awak untuk dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang kali ini",pujuk seorang sahabat kepada rakannya.

Adik-adik,abang-abang dan akak-akak yang bakal atau telah menduduki peperiksaan..Jangan terlalu gembira,jangan pula terlalu sedih.. Bersederhana. Itu yang nabi ajar. Panjatkan kesyukuran hanya kepada Allah. Hakikatnya,banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan kejayaan sahaja. Alhamdulillah :)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Benar,saat kegagalan menimpa seseorang,kata-kata motivasi dan penguat semangat amat diharapkan daripada orang sekeliling untuk bangun semula. Percaya atau tidak,sebenarnya orang yang gagal itulah yang memainkan peranan paling penting untuk bangkit kembali. Kuat,jangan mengalah! 

Permulaan untuk bangkit semula daripada kegagalan ialah muhasabah dan mengesan punca kegagalan. Ingat,muhasabah tidak bermakna perlu mencari kesalahan orang lain atas kegagalan diri sendiri. Jika satu jari ditunding kepada orang lain,empat lagi jari mangarah kepada diri sendiri. Fikirkan,siapa yang salah sebenarnya? Peratusan yang besar datang daripada diri sendiri.

Renungkan semula sejauh mana usaha yang dilaburkan untuk mengejar sesuatu yang diimpikan. Jika usaha itu hanya apa yang diajarkan guru,gandakan lagi usaha dengan ulangkaji sendiri. Seandainya sudah lengkap keperluan pengajian dalam dan luar sekolah,kaji semula hubungan kita dengan Allah. Takut-takut,akibat terlalu sibuk belajar,kita abaikan hubungan dengan Allah. 





Namun,muhasabah tidak semesti pada kegagalan sahaja,bahkan ia perlu dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada kejayaan telah dicapai atau masih dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperolehi itu sewajarnya dinilai semula. 


Tanya pada diri.
"Aku telah berjaya,namun sejauh mana kejayaan aku ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain"

Khairunnasanfa'uhumlinnas.
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita hidup bermasyarakat. Mesti ada 'give and take',bukannya 'take and keep yourself'


Sekiranya kita masih dalam kereta,menempuhi perjalanan menuju kejayaan,natijahnya kelak sama ada dua iaitu,berjaya atau sebaliknya.

Ajukan soalan buat diri sendiri.
"Bersediakah jika aku gagal?

Meh Aishah bawa semua meneroka kembali kisah sejarah Islam yang boleh kita ambil iktibarnya. Kisah Peperangan Uhud. Sediakan hati untuk menghayatinya! Bagi sesiapa yang sudah maklum kisah ini,jom kita refresh semula. Ringkas.



Stratergi Rasulullah s.a.w buat pasukan tentera Islam dalam peperangan Uhud sangat mantap. Sekumpulan ahli pemanah dipilih dan diarahkan berada di atas bukit . Rasulullah s.a.w menjelaskan tujuan stratergi ini dilakukan untuk menyerang pasukan musuh dengan panah oleh pasukan berkuda. Baginda juga mengingatkan agar mereka terus berada disitu,sama ada telah menang atau kalah.

Pada mulanya,ternyata strategi ini berkesan apabila ramai tentera kafir terkorban di tangan kaum muslimin. Apabila merasa senang dengan keadaan ini,pasukan memanah meninggalkan kawasan yang ditempatkan buat mereka dan turun menyertai tentera Islam yang lain untuk mengambil harta rampasan perang. Peringatan Abdullah bin Jubayr tidak diendahkan oleh sebilangan besar pasukan pemanah ini. Kesempatan ini diambil oleh tentera lawan untuk menyerang tentera Islam dari arah belakang dan mengakibatkan tentera Islam kalah dalam peperangan Uhud. 

Iktibar yang Aishah nak bawa disini ialah usaha demi usaha diatur untuk berjaya dalam peperiksaan.Namun,ada satu perkara yang terlepas pandang dan diambil sambil lewa oleh diri sendiri akhirnya kegagalan yang ditemuinya. Mungkin kita sudah letakkan effort 100% untuk berjaya. Bagaimana pula dengan hak Allah. Adakah sudah terlaksana? Sekiranya perkara itu kita pandang sebelah mata sahaja,layakkah kita untuk meminta kejayaan daripadaNya. Fikirkan.

Jangan mengeluh dan merintih andai ditakdirkan untuk gagal kali ini,belajar daripada iktibar perang Uhud dan bangun kembali.

Lihat sahaja kesibukan orang yang Allah berikan kekayaan untuk menguruskan harta mereka siang dan malam tanpa kenal erti penat,atau orang yang Allah kurniakan kepandaian dan kecerdikan dalam pelajaran. Allah menguji mereka dengan nikmat,tetapi mereka tidak 'menikmati' kurniaan Allah dengan cara yang betul. Berapa ramai orang kaya yag murah hati menginfakkan hartanya di jalan Allah? Berapa ramai orang yang cemerlang atas kertas peperiksaan,namun hakikatnya tidak mengamalkn segala ilmu yang dipelajari?

Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan. Ketahuilah,Allah Maha Mengetahui atas segla yang berlaku kepada hamba-Nya. Kejayaan itu memang untuk orang yang terpilih,tetapi kegagalan itu juga buat insan istimewa yang dipilih oleh Allah agar ditingkatkan lagi imannya. Biarpun kegagalan tersebut melibatkan masa hadapan seseorang,ketahuilah kerjaya profesional ialah apabila seseorang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan seiring dengan rasa ketakwaan kepada Allah dan rendah diri.





Allah menangguhkan kejayaan buat seseorang kerana Dia ingin menganugerahkan kejayaan yang lebih besar buat hamba-Nya yang sabar menanti dan tidak mengenal erti putus asa :) Kepada yang berjaya,Aishah ucapkan mabruk'alaikum dan kepada yang kurang berjaya,la tahzan.....cuba lagi. Allah masih beri kita peluang.




Syukran genQ.

0 comments:

Post a Comment

Syukran jazilan,ya sodiqati...! ^_^

Note: only a member of this blog may post a comment.