Thursday, 27 December 2012

Ayat-ayat cinta,ada sesuatu disebaliknya.



Ayat-ayat cinta. Sahabat pernah tengok cerita itu? Aishah rasa kebanyakannya sudah tengok cerita cinta islamik ini. Musim-musim cuti ini,cerita ini selalu diulang tayang di Astro Warna. Hmm.. Apa yang Aishah nak kaitkan post kali ini dengan cerita ini? Sudah tentu bermanfaat untuk semua,insyaAllah.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Fahri,berasal daripada Indonesia yang sedang meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar,Mesir. Fahri yang masih belum berkhawin sudah mula memikirkan tentang masa depannya. Dia mula terpikat dengan seorang gadis Jerman yang bernama Aisya. Bermula daripada situ,timbul pelbagai konflik yang menguji kesabaran dan ketabahan Fahri sebagai seorang suami dan pelajar. Kalau Aishah tanya pendapat seorang demi seorang tentang pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini,sudah tentu kebanyakannya akan jawab :

Kita kena percaya dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah.
Bercinta selepas khawin itu indah.
Berpoligami itu diharuskan asalkan boleh menjadi suami yang adil.
Sabar menghadapi ujian hidup.
Segala masalah yang dihadapi kena bergantung kepada Allah semata-
     mata setelah berusaha.

dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita peroleh. Semuanya betul,tiada yang salah. Pendapat masing-masing. Bergantung kepada individu untuk menilainya. Walaupun tema cerita ini berkaitan dengan C.I.N.T.A,tetapi tidak bermaksud pengajaran yang boleh kita ambil semuanya berkaitan dengan cinta sahaja. Tidak mengapa,fitrah manusia untuk berbicara mengenai cinta dan ingin merasainya. Oleh itu,Aishah nak berkongsi dengan semua tentang satu lagi pengajaran penting yang boleh kita applikasikan dalam kehidupan ini. Mungkin ada antara sahabat yang sudah dapat meneka apa yang bakal Aishah kongsikan ini. Kita kongsi sama-sama,ye. Kalau Aishah tersalah dimana-mana,jangan segan nak tegur. 

Berdasarkan cerita ini,Fahri telah diftnah dan dimasukkan ke dalam penjara. Tiada sesiapa yang mempercayai dirinya yang berada di pihak yang benar. Sepanjang kehidupannya dipenjara,dia banyak menghabiskan masa dengan berzikir dan beribadah. Hatinya cuba kuat untuk menerima dugaan daripada Allah. Pada suatu hari,Fahri telah menerima satu surat yang menyatakan dirinya telah dibuang daripada Universiti Al-Azhar. Berat ujian yang dihadapi oleh Fahri. Keluarganya menghantar Fahri ke Mesir untuk belajar,tetapi Allah mengujinya dengan satu dugaan yang sangat besar apabila dirinya tidak diterima lagi untuk menuntut ilmu di Al-Azhar. Sedih. Kecewa. Itu yang dirasai oleh Fahri.

Seorang sahabat yang turut ditahan di penjara berkenaan mendekati Fahri. Sahabat ini cuba menyedarkan Fahri. Scene inilah yang membuka mata Aishah. Nak tahu apa yang sahabat ini katakan?



Sahabat ini mengingatkan Fahri mengenai kisah Nabi Yusuf yang pernah difitnah. Sahabat ini cuba meletakkan diri Fahri dalam kisahnya itu. Istighfar. Itulah pinta sahabat itu kepada Fahri. Sahabat masih ingat kisah Nabi Yusuf dengan dan Zulaikha? Nabi Yusuf yang difitnah kerana dituduh memperkosa Zulaikha. Hakikatnya,Zulaikha yang menaruh perasaan cinta terhadap Nabi Yusuf kerana terpesona dengan ketampanannya. Nabi Yusuf berusaha untuk mempertahankan kesuciannya itu.

Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Nabi Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya,bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Nabi Yusuf dari belakang bagi mememaksanya. Ketika dia mendekati Nabi Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Nabi Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Nabi Yusuf keluar dari bilik. Akhirnya, bahagian belakang baju Nabi Yusuf terkoyak.

Pada masa yang sama,Al-Aziz (suami Zulaikha) sudah berada di hadapan mereka berdua,bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata,


"Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?"

Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Nabi Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?

Nabi Yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada Al-Aziz,


"Dia menggodaku supaya menyerahkan dirikiu kepadanya".

Ternyata Allah mahu Nabi Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana dan berkata,


"Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan orang-orang yang berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yg berdusta."

Mendengar kata-kata itu, Al-Aziz segera menghampiri Nabi Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati bajunya koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah Al-Aziz bahawa isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Nabi Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata,


"Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".

Al-Aziz memandang Nabi Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".


Sahabat,ini sebahagian sahaja daripada kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Apa yang Aishah mahu tekankan disini,setiap manusia tidak terlepas daripada ujian Allah. Hatta Nabi Muhammad SAW pun ada ujian yang tersendiri. Selagi mana hidup kita bergantung kepada Allah,insyaAllah kita ada kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujian tersebut. Kenapa Aishah tertarik sangat dengan scene ini? Sharing is caring but not in everything.


Walaupun,Aishah dan kamu,sama-sama dididik daripada sekolah agama. Jangan sesekali ingat kita ini sudah kuat untuk mengahadapi setiap ujian Allah. Sebenarnya Allah nak ingatkan kita supaya jangan sombong. Kita inilah yang selalu diuji.


"Apakah kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji?"


Sewaktu ujian menyapa diri kita,dari situlah kita dapat mengenali diri kita sebenar. Ujian itu bukan persoalannya,tetapi cara untuk menyelesaikan masalah itu bakal menunjukkan tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Ada yang menjadi gila,tidak tentu arah. Ada yang menangis,mengadu kepada Allah tidak putus-putus. Ada yang semakin jauh daripada Allah,berusaha mencari keseronokan untuk menghilangkan segala masalah yang ada. Ya,dari situ kita menilai diri kita yang sebenar sama ada kita ini betul-betul beriman atau sekadar meniti dibibir sahaja. Ujian adalah guru yang tidak berbayar. Kita belajar daripada ujian. Gurunya adalah Allah SWT.


Sahabat,saat diri ini diuji. Rapatkan diri dengan Tuhan. Katakan pada diri :


"Ya Allah,sekiranya ujian ini baik untukku,kuatkan aku untuk menerimanya daripada aku terus lalai dengan nikmat dunia yang membolehkan aku jauh daripada-Mu"

Sehebat mana diri kita,sejauh mana kita belajar,sekaya mana diri kita,kita tetap akan diuji. Sentiasa persiapkan diri. 


Lagi satu,Aishah suka dengan watak yang dimainkan oleh sahabat dalam video tersebut. Seorang sahabat yang mampu mengingatkan sahabatnya dengan Allah. Tidak semua orang boleh berbuat demikian. Walaupun dia ada kesalahan tersendiri yang menyebabkan dirinya turut masuk penjara,tetapi dia masih mampu menasihati Fahri. Ini menunjukkan nasihat ini tidak perlu diberi oleh orang yang sempurna. Kalau begitu,tiada sesiapa yang akan menasihati kita kerana tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa. kadang-kadang,kita sombong. Ego. Susah nak terima teguran kerana kita rasa diri ini sudah terlalu hebat. Tetapi..watak Fahri yang dimainkan dalam cerita ini,dia cuba rendahkan egonya untuk mendengar nasihat dari sahabat yang tidak dikenalinya itu. Kalau dikutkan,Fahri merupakan insan yang hebat,belajar di Al-Azhar. Banyak guru-guru yang hebat selalu menasihatinya. Mendengar ceramah di sana-sini. Namun,semua itu tidak menjamin yang kita sudah beriman. Fahri masih perlukan nasihat daripada orang lain sewaktu dirinya diuji.


Sahabat,jangan menilai siapa yang beri teguran. malah,ambil manfaat daripada tegurannya itu. Inginkan sahabat yang baik,jadilah sahabat yang baik dahulu. Tetapi,jadi sahabat yang baik kerana Allah,bukan kerana mahukan sahabat yang baik sebagai ganjaran. Jaga niat. Sahabat yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain. Dia selalu mengingatkan kita kepada Allah,bukan hiburan semata-mata. Anggaplah diri kita sebagai duta persaudaraan. Yang penting,niat kita kerana Allah. Kita suka berkasih sayang,Allah pasti kasih juga kepada kita. Bahagianya hidup jika Allah selalu kasih.


Alhamdulillah,ini sahaja yang Aishah nak kongsikan dengan semua. Sebenarnya,banyak lagi pengajaran yang boleh kita peroleh. Kalau sahabat sedang menghadapi masalah,cuba tengok video itu. Mana tahu boleh menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa ini.
Dua tiga kucing berlari,
Ada rezeki kita sharing2 lagi^^


Assalamualaikum.



Wednesday, 26 December 2012

Klinik Jiwa


Assalamualaikum ◕‿◕ Petang-petang memang seronok duduk santai sambil gemukkan ilmu dengan membaca. Best.Best. Ilmu boleh gemuk,ke? hihi. Boleh kot. Tapi ilmu yang dimanfaatkan tidak akan kurus sampai bila-bila. Aishah 'terselak' buku-buku ilmiah dan alhamdulillah terjumpa satu artikel yang menarik. Itu yang nak share dengan semua! Nak tahu apa yang menarik sangat tu? Sabar.Sabar. Bismillahirrahmanirrahim.


 ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉ ❉




✦  ✦ SELAMAT DATANG KE KLINIK  JIWA✦  ✦

PAKAR PERUBATAN ANDA : Allah Azzawajalla

Anda sedang menghadapi masalah jiwa? Rawatinya dengan segera dengan meminta bantuan pakar perubatan anda!

PERINGKAT SIMPTOM PENYAKIT.

  1. Pesakit melakukan maksiat,tetapi kemudiannya timbul rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan. Ada keinginan untuk berjaga-jaga daripada melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan datang. Ini merupakan simptom awal.
  2. Biasa dengan dosa. Dosa yang kerap dilakukan menyebabkan terkikisnya rasa bersalah pada Allah. Semakin lama,virus dosa sudah sebati dalam diri.
  3. Seronok buat dosa. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal,pesakit jiwa rasa didodoikan dengan dosa yang dilakukan. Mereka ketagih untuk terus melakukan dosa.
  4. Mempromosi dosa. Sudahlah menjadi pesakit,orang ramai turut sama disebarkan dengan virus penyakit. Hati-hati dengan pesakit jiwa!
SIMPTOM SEMAKIN TERUK JIKA TIDAK DIRAWAT LEBIH AWAL..!!


Semak semula diri kita. Ada atau tidak simptom-simptom itu.

PETANDA JIWA SEMAKIN SIHAT.

  • Perasaan lebih tenang.
    Pesakit dapat menjalani kehidupan seharian tanpa kecewa. Jika terkesan dengan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh hati,mereka segera mengingatkan diri bahawa ketentuan Allah adalah terbaik. Tiada lagi rasa kegelisahan di hati.
  • Hati terasa dipandu.
    Hati yang sakit dikawal oleh daya fikir yang juga sakit. Hal sebaliknya bagi orang yang sihat jiwanya. Hati mereka dipandu oleh kekuatan cahaya Ilahi.
  • Akal positif.
    Mereka bertindak berdasarkan wahyu daripada Allah. Mendahulukan hak Allah sebenarnya menyebabkan hak akal mereka terpelihara.
Alhamdulillah sekiranya kita masih mempunyai simptom-simptom di atas. Hargai dan pelihara betul-betul. Jangan sampai jatuh sakit pula. Berusaha untuk menjaganya.
PUNCA JIWA KOSONG

Tujuan hidup masih belum jelas. Persoalan-persoalan seperti :

 Dari mana aku datang?
Siapa yang menciptakan aku?
Untuk apa aku diciptakan?
Ke mana aku selepas dunia musnah?
perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat. Sekiranya kita mempunyai jawapan dan jelas dengan jawapan bagi soalan di atas,tentu hidup ini penuh bermakna,jiwa tidak akan kosong. Kadang-kadang jiwa kita bukannya perlukan hadiah 
 bunga cincin  tetapi hanya kata-kata yang meyakinkan kita bahawa setiap diri kita mempunyai makna dalam kehidupan ini. Manusia merasakan kehidupannya amat bermakna untuk tidak dibiarkan kosong apabila memahami dirinya hamba Allah. 

UBAT JIWA DAN CARA PENGGUNAANNYA

Membaca Al-Quran.
  • Jadikan Al-Quran sebagai ubat motivasi.
  • Terapkan ajaran Al-Quran dalam realiti kehidupan.
  • Ambil ilmu daripada Al-Quran dan mengamalkannya.
  • Berusaha disiplinkan diri mengkhatamkan bacaan Al-Quran paling kurang 3 bulan sekali.
Qiamulail.
  • Mulakan dengan yang sedikit. Yang penting,dapat melakukan qiamulail secara istiqamah.
  • Bangun malam sebulan sekali,kemudian latih untuk bangun malm seminggu sekali pula.
  • Kejut orang lain untuk qiamulail bersama. Setidak-tidaknya,kita lebih bersemangat untuk beribadah dengan rakan.
Istighfar.
  • Baca perlahan-lahan untuk mengahayati makna yang dilafazkan. Maksud bacaan istighfar :

    "Aku memohon keampunan-Mu,tiada Tuhan kecuali Engka yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah,aku bertaubat kepada-Mu.
  • Istighfar apabila tiada perkara yang hendak dilakukan. Biasakan istighfar di dalam hati.
Mengingati mati.
  • Penuhi aktiviti harian dengan amalan yang boleh menjamin kita di dalam kubur kelak. Apakah amalan yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah nanti? Jangan terkurang dos pangambilannya dalam sehari!
Menangis dan mengadu.
  • Tiada yang lebih kuat melainkan Allah. Sekiranya kita hendakkan kekuatan,jangan malas untuk meminta kepdaNya. Semoga dengan pengaduan kepada Rabb,Dia segera menyembuhkan penyakit jiwa.

    Hadis Nabi SAW,maksudnya :

    "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah."
CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA

  1. Usah tergesa.
    Sesuatau tindakan perlu difikirkan sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam bertindak. Dahulukan kehendak agama.
  2. Jauhi hasad.
    Perasaan hasad meruntuhkan bangunan amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya memakan diri sendiri,bukannya orang yang dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.
  3. Tawaduk.
    Orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. Hakikatnya,sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia lain.
  4. Berhenti berangan-angan panjang.
    Berangan-angan umur masih panjang dan masa masih banyak untuk membuat bekal amalan? Hentikan berangan-angan yang tidak sudah. Menunda-nunda perbuatan yang baik atau tidak gerun pada azab melakukan dosa kerana merasakan masa masih panjang hanya merugikan diri sendiri. Jom segera beramal!
  5. Isi sebelum kosong.
    Untuk mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa. Untuk mengelakkan kembali sakit,isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan berdoa,teruskan juga membaca Al-Quran dan turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan,lantas dijauhkan daripada jiwa yang kosong,sakit dan melarat. Masa itu,wad ICU pun sukar untuk menerima!
Orang yang kaya itu bukanlah yang banyak hartanya,tetapi yang kaya jiwanya.
Semoga ada manfaatnya! Barakallahufiikum.

Tuesday, 25 December 2012

Senyum ♥ Salam


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,walaupun sudah lewat malam tetapi masih diberi kekuatan untuk menyebarkan mutiara-mutiara pesanan untuk kita yang sentiasa alpa. Semoga ada manfaatnya! Tidak dapat hadir ke majlis ilmu pun tidak mengapa. jangan sedih-sedih. Jom,jom,jom...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Senyum itu indah,salam itu mudah. Mudah tetapi payah. Itulah yang boleh disimpulkan tentang sikap memberi salam dan senyum dalam kalangan kita. Senyum itu mudah kerana mengikut ahli sains,kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka untuk mengerutkan dahi. Menurut sains juga,senyum mampu merendahkan tekanan darah,menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan penyakit. Hebat ciptaan Allah. Senyum juga boleh buat diri kita lebih tenang. Tidak percaya? Ketika sahabat tengah gemuruh,cuba senyum. Anda mampu merasai ketenangannya!


Senyum,tidak perlu kata apa-apa (:


Senyum itu payah kerana ia melibatkan soal hati. Apabila hati tidak mahu,seseorang tidak akan mampu senyum walau semudah manapun untuk dilakukan. Jikalau dipaksa juga,itulah keluar istilah 'senyum tidak ikhlas' kerana kemanisan senyum itu dilakar daripada hati yang ikhlas. Mungkin kerana tekanan kehidupan sebagai seorang pelajar,yang sentiasa sibuk dengan urusan sekolah..kerja sekolah yang bertimbun,kena marah dengan cikgu ataupun bergaduh dengan kawan menjadi faktor untuk seseorang sukar melakarkan senyuman dibibir. Apabila hati dalam keadaan marah,gundah dan bimbang,seseorang itu tidak akan senyum. Bukan kerana tidak mampu,tetapi kerana tidak mahu. Tetapi..sampai bila kita ingin ikutkan kata hati? Sekiranya selama setahun kita ditimpa masalah,maksudnya selama itu jugalah kita tidak akan senyum? Hihi.. Astaghfirullahhal'azhim. Janganlah sampai begitu. Senyum dan salam itu ibarat adik beradik,kedua-duanya ibarat minyak untuk memarakkan api persaudaraan.


Sahabat nak tahu,senyum dan salam merupakan budaya hidup di dalam syurga. Di syurga nanti penghuninya sentiasa  tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam antara mereka. Justeru,jika kita ingin memasuki syurga,maka cara hidup ahli syurga itu hendaklah kita amalkan terlebih dahulu. 

Aishah rasa kebanyakan daripada kita sudah maklum dengan hadis ini.

"Hak seorang muslim atas muslim yang lain itu ada enam. Antaranya,jika kamu bertemu dengannya hendaklah kemu mengucapkan salam" (Riwayat Muslim)


Jika kita ikuti sirah Rasulullah,kita akan dapati bahawa memberi salam terlebih dahulu adalah salah satu ciri yang ada pada diri baginda. Baginda tidak pernah gagal untuk mengucapkan salam terlebih dahulu berbanding orang lain. Setiap kali bertemu dengan seseorang,baik dewasa mahupun kanak-kanak,dari dekat mahupun jauh,baginda pasti memberi salam terlebih dahulu. 

Walaubagaimanapun,terdapat beberapa orang sahabat yang ingin berusaha menjadi orang pertama yang memberi salam kepada Rasulullah,tetapi tidak berjaya. Ada satu ketika,mereka bersembunyi di laluan yang biasa baginda lalui. Apabila melihat dari jauh baginda akan melalui jalan tersebut,mereka pun bersiap sedia untuk mengucapkan salam.

Namun,sebelum sampai di tempat persembunyian mereka,baginda lebih awal berkata,

"Assalamualaikum,wahai orang yang berada di belakang dinding. Aku tidak mahu menjadi orang yang lambat dalam memberi salam sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir"

Subhanallah. Hebat,kan? Berbezanya dengan kita.

Mereka yang bersembunyi pun keluar dari tempat persembunyian mereka dengan perasaan malu sambil menjawab salam Rasulullah.

Berbalik semula kepada diri kita. Kadang-kadang kita suruh kawan yang tolong berikan salam kerana malas. Mengapakah ada kalanya kita teragak-agak untuk memberi salam kepada mereka terutamanya insan-insan yang kita kenali? Sedangkan kita tahu dan pasti ada ganjaran yang akan kita peroleh. Tidak mahu ke dengan semua itu? Tanpa modal dan tenaga untuk melaksanakannya. Contohi Rasulullah,berlumba-lumba dalam memberi salam dengan ikhlas tanpa ada niat yang lain kerana ia salah satu cara menjalin ukhuwah dan persaudaraan. 

Senyum dan salam tidak boleh dipisahkan. Cuba sahabat bayangkan sekiranya kita memberi salam tanpa senyum. Pelikkan? Tidak mesra. Dan..sekiranya kita sekadar senyum tanpa beri salam,macam tidak complete pula. Oleh itu,kita satukan kedua-duanya khas untuk saudara seislam kita!


Perkongsian yang ringkas. Jom kita sama-sama senyum dan sebarkan salam! Assalamualaikum,semua ^^

Thursday, 20 December 2012

Jangan terpisah daripada Allah


Assalamualaikum,jami'an? Alhamdulillah,bangun daripada tidur itu sahaja perkataan yang mampu diungkap. Masih dikurniakan nyawa! Syukur. Ya Allah,beri kekuatan agar setiap detik yang dikurniakan dipenuhi dengan kebaikan demi kebaikan. Amiin.

Sedih. Itu yang mampu Aishah ungkapkan buat masa ini. Sedih untuk sesuatu yang bermakna. Aishah tidak mahu rasa sedih yang ada nilainya ini dirasai seorang diri. Aishah nak sebarkan kesedihan ini supaya masing-masing dapat merasai tempiasnya.  Boleh x? Kalau nak rasa,sediakan mental dan fizikal..dan HATI untuk menghayatinya. Bismillahirrahmanirrahim. Perlukan kekuatan dariMu untuk sebarkannya! Semoga Allah izinkan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Terkadang kita duduk bersendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti.

"Kenapa hatiku rasa sunyi?

"Kenapa aku berasa seperti diriku sangat jauh daripada Allah? Semuanya rasa serba tidak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan daripadaku? Astaghfirullahal'azim."

Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita,tidak kira siapa dan ianya tidak lain berpunca daripada diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya. Silapnya tentu ada pada diri kita. Jangan salahkan orang lain.

Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini,itulah punca dan sebab musababnya. Jangan ingat dosa dan maksiat hanya sekadar berzina,minum arak berjudi dan sebagainya. Mungkin pergaulan yang tidak terjaga,banyak dengar lagu-lagu lagha di internet,mencarut,menipu,dendam dan sebagainya yang mungkin kita tidak sedar bahawa itulah punca menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin renggang dan langsung  menjauhkan kita daripada limpahan rahmat-Nya.

Sungguh,tidak boleh berbohong lagi. Jiwa kita tidak boleh menerima 'petaka' ini dan hati nurani kita berasa tidak selesa dengan situasi ini. Walhal,terpisah daripada ibu kandung sendiri pun sudah terasa sedih yang maximum dan hidup jadi tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh daripada rahmat Allah yang tiada tolok bandingnya. Diri benar-benar tidak sanggup!

Cuba kita fikirkan sejenak. Seandainya kita kumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan iaitu untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkan segala keresahan yang tersimpan kerana terpisah daripada rahmat Allah,memang ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut. Pergilah kelab malam untuk berseronok, Taman tema untuk gembirakan hati,dengar lagu yang rancak-rancak..hatta sekadar lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi pun tidak mampu pulihkan kegembiraan hati,sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa. Pernah tak alami sedemikian? Renungkan semula (termasuk diri ini)


Ya Allah...penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah daripada Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya,bukan untuk mereka yang mati hatinya.Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Langsung tidak sensitif dengan apa-apa yang berlaku  di sekitarnya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.

Sahabat,bagaimana dengan diri kita semua sekarang ini? Pernahkah sewaktu kita merasai yang diri ini amat jauh daripada Allah semasa diri terjebak dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Disebabkan dosa,kita yang sudah Islam (ditarbiyah di sekolah agama) ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir  daripada rahmat Allah. Bayangkan betapa jauhnya rahmat dan pandangan Allah kepada diri kita saat ini. Macam mana dakwah kita nak diterima orang? Kalau diri sendiri pun masih terkapai-kapai mencari cinta Allah.
Astaghfirullahal'azim..Allah.

Tenang. Sabar. Cekal. Tabah. Terus memburu rahmat-Nya. Tidak perlu pegang senjata. Usaha dan usaha.

Hakikatnya,kita sangat memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Mengakulah tentang itu. Jangan bohong dengan diri sendiri. Kita tidak rela terpisah daripada rahmat dan pandangan Allah walaupun sesaat. Apabila Allah mula berlepas tangan daripad kita,bermakana bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Syaitan dan nafsu tidak akan berhenti mewujudkan hijab antara hamba dengan Allah. Kuatkan hati untuk berperang dengan itu. Saudara kita di Palestin lebih hebat dugaanya disana tetapi mereka masih mampu berjuang untuk mencari redha Allah

Sudah-sudah la tu (diri ini dan sahabat). Sudahlah menderita terpisah berjauhan daripada Allah. Akibat terpinggir itu,diri kita semakin malas untuk hadir majlis-majlis ilmu,tidak ada kekuatan nak menjalankan amanah yang diberi,lemah dan tiada semangat.Baca al-Quran pun jarang. Apatah lagi ma'thurat. Hanya inginkan keseronokan dan berfoya-foya sahaja. Sehinggakan tiada lagi kasih sayang sesama manusia. Dosa telah memusnahkan segala kebaikan. Perasaan dendam,benci,angkuh,bongkak,sukar terima teguran dan segala penyakit hati sudah menyelinap masuk ke dalam hati.

Jika begitu keadaannya,bawalah diri bermuhasabah. Ingat tak lagi kisah tiga oarang sahabat yang dihukum Allah kerana tidak mengahadirkan diri dalamp peperangan Tabuk tanpa keuzuran (sewaktu kem UP,Usrah Profesional..kalau tidak silap) Dalam tempoh tiga bulan,mereka merasai kehidupan cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah,malah turut dipinggirkan oleh Rasulullah dan seluruh umat Islam. Selama tempoh itu,mereka menangis siang dan malam,tidak berhenti memohon keampunan daripada Allah. Kenapa mereka merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu tepisah daripada rahmat-Nya. Itulah kesan dosa dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang mempunya hati yang masih hidup dan mekar. Aishah harap hati kita masih sihat dan  seperti hati tiga orang sahabat itu.

Sedihkan bila berjauhan dengan Allah. Kita lahir didunia saat Rasul dan sahabat telah tiada,zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa.Ramai masyarakat Islam,namun Islam tiada lagi dalam hati. Tetapi Aishah bersyukur kerana masih ada yang ingin melihat Islam mekar. Sahabat. Syukran'alaikum! Kuatkan langkah kita!


Wednesday, 19 December 2012

Bersyukur dengan kejayaan.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Syukur. Syukran,Ya Allah. Cuti sekolah yang dihabiskan dirumah memberikan Aishah peluang untuk menggunakan masa yang berkualiti untuk berkongsi dengan anda yang membaca. Melayani karenah adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan PMR ada kalanya melucukan dan ada kalanya Aishah beristighfar panjang menahan kesabaran bagi memujuk hati mereka yang sedang bersedih. 

"Sudahlah,jangan terlalu bersedih. Bukan rezeki awak untuk dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang kali ini",pujuk seorang sahabat kepada rakannya.

Adik-adik,abang-abang dan akak-akak yang bakal atau telah menduduki peperiksaan..Jangan terlalu gembira,jangan pula terlalu sedih.. Bersederhana. Itu yang nabi ajar. Panjatkan kesyukuran hanya kepada Allah. Hakikatnya,banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan kejayaan sahaja. Alhamdulillah :)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Benar,saat kegagalan menimpa seseorang,kata-kata motivasi dan penguat semangat amat diharapkan daripada orang sekeliling untuk bangun semula. Percaya atau tidak,sebenarnya orang yang gagal itulah yang memainkan peranan paling penting untuk bangkit kembali. Kuat,jangan mengalah! 

Permulaan untuk bangkit semula daripada kegagalan ialah muhasabah dan mengesan punca kegagalan. Ingat,muhasabah tidak bermakna perlu mencari kesalahan orang lain atas kegagalan diri sendiri. Jika satu jari ditunding kepada orang lain,empat lagi jari mangarah kepada diri sendiri. Fikirkan,siapa yang salah sebenarnya? Peratusan yang besar datang daripada diri sendiri.

Renungkan semula sejauh mana usaha yang dilaburkan untuk mengejar sesuatu yang diimpikan. Jika usaha itu hanya apa yang diajarkan guru,gandakan lagi usaha dengan ulangkaji sendiri. Seandainya sudah lengkap keperluan pengajian dalam dan luar sekolah,kaji semula hubungan kita dengan Allah. Takut-takut,akibat terlalu sibuk belajar,kita abaikan hubungan dengan Allah. 





Namun,muhasabah tidak semesti pada kegagalan sahaja,bahkan ia perlu dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada kejayaan telah dicapai atau masih dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperolehi itu sewajarnya dinilai semula. 


Tanya pada diri.
"Aku telah berjaya,namun sejauh mana kejayaan aku ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain"

Khairunnasanfa'uhumlinnas.
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita hidup bermasyarakat. Mesti ada 'give and take',bukannya 'take and keep yourself'


Sekiranya kita masih dalam kereta,menempuhi perjalanan menuju kejayaan,natijahnya kelak sama ada dua iaitu,berjaya atau sebaliknya.

Ajukan soalan buat diri sendiri.
"Bersediakah jika aku gagal?

Meh Aishah bawa semua meneroka kembali kisah sejarah Islam yang boleh kita ambil iktibarnya. Kisah Peperangan Uhud. Sediakan hati untuk menghayatinya! Bagi sesiapa yang sudah maklum kisah ini,jom kita refresh semula. Ringkas.



Stratergi Rasulullah s.a.w buat pasukan tentera Islam dalam peperangan Uhud sangat mantap. Sekumpulan ahli pemanah dipilih dan diarahkan berada di atas bukit . Rasulullah s.a.w menjelaskan tujuan stratergi ini dilakukan untuk menyerang pasukan musuh dengan panah oleh pasukan berkuda. Baginda juga mengingatkan agar mereka terus berada disitu,sama ada telah menang atau kalah.

Pada mulanya,ternyata strategi ini berkesan apabila ramai tentera kafir terkorban di tangan kaum muslimin. Apabila merasa senang dengan keadaan ini,pasukan memanah meninggalkan kawasan yang ditempatkan buat mereka dan turun menyertai tentera Islam yang lain untuk mengambil harta rampasan perang. Peringatan Abdullah bin Jubayr tidak diendahkan oleh sebilangan besar pasukan pemanah ini. Kesempatan ini diambil oleh tentera lawan untuk menyerang tentera Islam dari arah belakang dan mengakibatkan tentera Islam kalah dalam peperangan Uhud. 

Iktibar yang Aishah nak bawa disini ialah usaha demi usaha diatur untuk berjaya dalam peperiksaan.Namun,ada satu perkara yang terlepas pandang dan diambil sambil lewa oleh diri sendiri akhirnya kegagalan yang ditemuinya. Mungkin kita sudah letakkan effort 100% untuk berjaya. Bagaimana pula dengan hak Allah. Adakah sudah terlaksana? Sekiranya perkara itu kita pandang sebelah mata sahaja,layakkah kita untuk meminta kejayaan daripadaNya. Fikirkan.

Jangan mengeluh dan merintih andai ditakdirkan untuk gagal kali ini,belajar daripada iktibar perang Uhud dan bangun kembali.

Lihat sahaja kesibukan orang yang Allah berikan kekayaan untuk menguruskan harta mereka siang dan malam tanpa kenal erti penat,atau orang yang Allah kurniakan kepandaian dan kecerdikan dalam pelajaran. Allah menguji mereka dengan nikmat,tetapi mereka tidak 'menikmati' kurniaan Allah dengan cara yang betul. Berapa ramai orang kaya yag murah hati menginfakkan hartanya di jalan Allah? Berapa ramai orang yang cemerlang atas kertas peperiksaan,namun hakikatnya tidak mengamalkn segala ilmu yang dipelajari?

Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan. Ketahuilah,Allah Maha Mengetahui atas segla yang berlaku kepada hamba-Nya. Kejayaan itu memang untuk orang yang terpilih,tetapi kegagalan itu juga buat insan istimewa yang dipilih oleh Allah agar ditingkatkan lagi imannya. Biarpun kegagalan tersebut melibatkan masa hadapan seseorang,ketahuilah kerjaya profesional ialah apabila seseorang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan seiring dengan rasa ketakwaan kepada Allah dan rendah diri.





Allah menangguhkan kejayaan buat seseorang kerana Dia ingin menganugerahkan kejayaan yang lebih besar buat hamba-Nya yang sabar menanti dan tidak mengenal erti putus asa :) Kepada yang berjaya,Aishah ucapkan mabruk'alaikum dan kepada yang kurang berjaya,la tahzan.....cuba lagi. Allah masih beri kita peluang.




Syukran genQ.

Monday, 3 December 2012

Allah,Engkau dekat..!


Kadang-kadang kita rasa diri kita berada di tahap yang paling atas,berada dalam zon yang selesa..
Terlupa akan nasib saudara kita yang lain
Mereka berusaha untuk mencari keselesaan hidup,kebahagiaan jiwa dan ketenangan hati...
Usaha mereka tanpa henti,tidak mengenal erti penat dan lelah 
Malah erti kesenangan turut tidak dapat ditafsirkan dalam benak fikiran mereka
Hentaman demi hentaman sering kedengaran dimana sahaja
Hebatnya,tiada keluhan yang terdengar dari suara serak mereka
Hanya tasbih yang membasahi bibir merah
Sekalipun air mata darah membasahi pipi,mereka tetap berusaha
Hati sentiasa bergantung pada yang Esa
Jannah Allah tujuan utama yang tersemat di hati
Kasih sayang Allah harapan sepanjang hayat dikandung badan
Walaupun tiada kesenangan yang bakal dirasai
Puji-pujian hanya kepada Sang Pencipta 
Betapa hebatnya mereka!



Malangnya,insan-insan yang diberi nikmat kebahagian dan keselesaan
Tidak dapat merasai nikmatnya Bertuhan
Merasa kejayaan dan kemewahan adalah hasil titik peluh sendiri
Hati menjadi gelap gelita,tidak nampak arah tuju yang sebenar
Hanya nafsu menjadi kompas kehidupan
Terlupa segala ikatan dan janji
Berusaha siang dan malam demi mengejar satu posisi
Sedangkan hati sudah mabuk dek bisikan syaitan
Inikan pula hendak menerima dan menelan segala peringatan
Hak dan batil tidak akan pernah disatukan

Sedarlah insan yang disayangi
Hidup ini umpama hamparan sejadah
Setiap saat perlu diisi dengan kebaikan dan kebaktian
Pernahkah anda melihat orang merokok diatas sejadah?
Melainkan mereka yang buta hati melakukan demikian
Adakah kita dalam kalangan tersebut?
ALLAH,AMPUNKAN KAMI...
SELAMA INI KAMI LALAI DARIPADA MENGINGATIMU
BIMBING KAMI,YA ALLAH..
BERI KEKUATAN HATI KEPADA SAUDARA KAMI DI PALESTIN
KUATKAN HATI KAMI JUGA DISINI..