Ayat-ayat cinta.♥ Sahabat pernah tengok cerita itu? Aishah rasa kebanyakannya sudah tengok cerita cinta islamik ini. Musim-musim cuti ini,cerita ini selalu diulang tayang di Astro Warna. Hmm.. Apa yang Aishah nak kaitkan post kali ini dengan cerita ini? Sudah tentu bermanfaat untuk semua,insyaAllah.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Fahri,berasal daripada Indonesia yang sedang meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar,Mesir. Fahri yang masih belum berkhawin sudah mula memikirkan tentang masa depannya. Dia mula terpikat dengan seorang gadis Jerman yang bernama Aisya. Bermula daripada situ,timbul pelbagai konflik yang menguji kesabaran dan ketabahan Fahri sebagai seorang suami dan pelajar. Kalau Aishah tanya pendapat seorang demi seorang tentang pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini,sudah tentu kebanyakannya akan jawab :
ஐ Kita kena percaya dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah.
ஐ Bercinta selepas khawin itu indah.
ஐ Berpoligami itu diharuskan asalkan boleh menjadi suami yang adil.
ஐ Sabar menghadapi ujian hidup.
ஐ Segala masalah yang dihadapi kena bergantung kepada Allah semata-
mata setelah berusaha.
dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita peroleh. Semuanya betul,tiada yang salah. Pendapat masing-masing. Bergantung kepada individu untuk menilainya. Walaupun tema cerita ini berkaitan dengan C.I.N.T.A,tetapi tidak bermaksud pengajaran yang boleh kita ambil semuanya berkaitan dengan cinta sahaja. Tidak mengapa,fitrah manusia untuk berbicara mengenai cinta dan ingin merasainya. Oleh itu,Aishah nak berkongsi dengan semua tentang satu lagi pengajaran penting yang boleh kita applikasikan dalam kehidupan ini. Mungkin ada antara sahabat yang sudah dapat meneka apa yang bakal Aishah kongsikan ini. Kita kongsi sama-sama,ye. Kalau Aishah tersalah dimana-mana,jangan segan nak tegur.
Berdasarkan cerita ini,Fahri telah diftnah dan dimasukkan ke dalam penjara. Tiada sesiapa yang mempercayai dirinya yang berada di pihak yang benar. Sepanjang kehidupannya dipenjara,dia banyak menghabiskan masa dengan berzikir dan beribadah. Hatinya cuba kuat untuk menerima dugaan daripada Allah. Pada suatu hari,Fahri telah menerima satu surat yang menyatakan dirinya telah dibuang daripada Universiti Al-Azhar. Berat ujian yang dihadapi oleh Fahri. Keluarganya menghantar Fahri ke Mesir untuk belajar,tetapi Allah mengujinya dengan satu dugaan yang sangat besar apabila dirinya tidak diterima lagi untuk menuntut ilmu di Al-Azhar. Sedih. Kecewa. Itu yang dirasai oleh Fahri.
Seorang sahabat yang turut ditahan di penjara berkenaan mendekati Fahri. Sahabat ini cuba menyedarkan Fahri. Scene inilah yang membuka mata Aishah. Nak tahu apa yang sahabat ini katakan?
Sahabat ini mengingatkan Fahri mengenai kisah Nabi Yusuf yang pernah difitnah. Sahabat ini cuba meletakkan diri Fahri dalam kisahnya itu. Istighfar. Itulah pinta sahabat itu kepada Fahri. Sahabat masih ingat kisah Nabi Yusuf dengan dan Zulaikha? Nabi Yusuf yang difitnah kerana dituduh memperkosa Zulaikha. Hakikatnya,Zulaikha yang menaruh perasaan cinta terhadap Nabi Yusuf kerana terpesona dengan ketampanannya. Nabi Yusuf berusaha untuk mempertahankan kesuciannya itu.
Pada masa yang sama,Al-Aziz (suami Zulaikha) sudah berada di hadapan mereka berdua,bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata,
"Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?"
Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Nabi Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?
Nabi Yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada Al-Aziz,
"Dia menggodaku supaya menyerahkan dirikiu kepadanya".
Ternyata Allah mahu Nabi Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana dan berkata,
"Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan orang-orang yang berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yg berdusta."
Mendengar kata-kata itu, Al-Aziz segera menghampiri Nabi Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati bajunya koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah Al-Aziz bahawa isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Nabi Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata,
"Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu".
Al-Aziz memandang Nabi Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".
Sahabat,ini sebahagian sahaja daripada kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Apa yang Aishah mahu tekankan disini,setiap manusia tidak terlepas daripada ujian Allah. Hatta Nabi Muhammad SAW pun ada ujian yang tersendiri. Selagi mana hidup kita bergantung kepada Allah,insyaAllah kita ada kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujian tersebut. Kenapa Aishah tertarik sangat dengan scene ini? Sharing is caring but not in everything.
Walaupun,Aishah dan kamu,sama-sama dididik daripada sekolah agama. Jangan sesekali ingat kita ini sudah kuat untuk mengahadapi setiap ujian Allah. Sebenarnya Allah nak ingatkan kita supaya jangan sombong. Kita inilah yang selalu diuji.
"Apakah kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji?"
Sewaktu ujian menyapa diri kita,dari situlah kita dapat mengenali diri kita sebenar. Ujian itu bukan persoalannya,tetapi cara untuk menyelesaikan masalah itu bakal menunjukkan tahap kemampuan diri kita yang sebenar. Ada yang menjadi gila,tidak tentu arah. Ada yang menangis,mengadu kepada Allah tidak putus-putus. Ada yang semakin jauh daripada Allah,berusaha mencari keseronokan untuk menghilangkan segala masalah yang ada. Ya,dari situ kita menilai diri kita yang sebenar sama ada kita ini betul-betul beriman atau sekadar meniti dibibir sahaja. Ujian adalah guru yang tidak berbayar. Kita belajar daripada ujian. Gurunya adalah Allah SWT.
Sahabat,saat diri ini diuji. Rapatkan diri dengan Tuhan. Katakan pada diri :
"Ya Allah,sekiranya ujian ini baik untukku,kuatkan aku untuk menerimanya daripada aku terus lalai dengan nikmat dunia yang membolehkan aku jauh daripada-Mu"
Sehebat mana diri kita,sejauh mana kita belajar,sekaya mana diri kita,kita tetap akan diuji. Sentiasa persiapkan diri.
Lagi satu,Aishah suka dengan watak yang dimainkan oleh sahabat dalam video tersebut. Seorang sahabat yang mampu mengingatkan sahabatnya dengan Allah. Tidak semua orang boleh berbuat demikian. Walaupun dia ada kesalahan tersendiri yang menyebabkan dirinya turut masuk penjara,tetapi dia masih mampu menasihati Fahri. Ini menunjukkan nasihat ini tidak perlu diberi oleh orang yang sempurna. Kalau begitu,tiada sesiapa yang akan menasihati kita kerana tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa. kadang-kadang,kita sombong. Ego. Susah nak terima teguran kerana kita rasa diri ini sudah terlalu hebat. Tetapi..watak Fahri yang dimainkan dalam cerita ini,dia cuba rendahkan egonya untuk mendengar nasihat dari sahabat yang tidak dikenalinya itu. Kalau dikutkan,Fahri merupakan insan yang hebat,belajar di Al-Azhar. Banyak guru-guru yang hebat selalu menasihatinya. Mendengar ceramah di sana-sini. Namun,semua itu tidak menjamin yang kita sudah beriman. Fahri masih perlukan nasihat daripada orang lain sewaktu dirinya diuji.
Sahabat,jangan menilai siapa yang beri teguran. malah,ambil manfaat daripada tegurannya itu. Inginkan sahabat yang baik,jadilah sahabat yang baik dahulu. Tetapi,jadi sahabat yang baik kerana Allah,bukan kerana mahukan sahabat yang baik sebagai ganjaran. Jaga niat. Sahabat yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain. Dia selalu mengingatkan kita kepada Allah,bukan hiburan semata-mata. Anggaplah diri kita sebagai duta persaudaraan. Yang penting,niat kita kerana Allah. Kita suka berkasih sayang,Allah pasti kasih juga kepada kita. Bahagianya hidup jika Allah selalu kasih.
Alhamdulillah,ini sahaja yang Aishah nak kongsikan dengan semua. Sebenarnya,banyak lagi pengajaran yang boleh kita peroleh. Kalau sahabat sedang menghadapi masalah,cuba tengok video itu. Mana tahu boleh menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa ini.
Dua tiga kucing berlari,
Ada rezeki kita sharing2 lagi^^
Assalamualaikum.
Sahabat,jangan menilai siapa yang beri teguran. malah,ambil manfaat daripada tegurannya itu. Inginkan sahabat yang baik,jadilah sahabat yang baik dahulu. Tetapi,jadi sahabat yang baik kerana Allah,bukan kerana mahukan sahabat yang baik sebagai ganjaran. Jaga niat. Sahabat yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain. Dia selalu mengingatkan kita kepada Allah,bukan hiburan semata-mata. Anggaplah diri kita sebagai duta persaudaraan. Yang penting,niat kita kerana Allah. Kita suka berkasih sayang,Allah pasti kasih juga kepada kita. Bahagianya hidup jika Allah selalu kasih.
Alhamdulillah,ini sahaja yang Aishah nak kongsikan dengan semua. Sebenarnya,banyak lagi pengajaran yang boleh kita peroleh. Kalau sahabat sedang menghadapi masalah,cuba tengok video itu. Mana tahu boleh menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa ini.
Dua tiga kucing berlari,
Ada rezeki kita sharing2 lagi^^
Assalamualaikum.
Ayat-ayat cinta,ada sesuatu disebaliknya.






















