Tuesday, 13 November 2012

Ada Apa Dengan Setiausaha?



Apa khabar semua (^____^) Lama sangat rasanya tidak 'berkongsi' sesuatu.Sibuk dengan urusan harian sekolah dan sebagainya.Lagipun,cuti sekolah sudah bermula.Mungkin ada sedikit ruang dan peluang untuk Aishah bergiat (xde la aktif) dalam penulisan di blog ini. Kalau diizinkan,InsyaAllah.

Alhamdulillah,kali ini Aishah rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan semua khususnya adik-adik yang telah ditaklifkan sebagai setiausaha lajnah dibawah Badan Agama,Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR). Harapnya,kita sama-sama lebih bersemangat untuk meneruskan amanah ini pada tahun hadapan ;) Jangan gentar,jangan takut,jangan cuak. Allah sentiasa ada bersama kita.


Dan sesungguhnya Kami (Allah dan hambaNya malaikat-malaikat yang mulia) telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Jawatan setiausaha bukanlah sekadar kita duduk di dalam bilik yang berhawa dingin,mencatit segala maklumat dan menghadap skrin komputer sepanjang masa. Kalau ini yang kita tanamkan dalam fikiran,kita mungkin akan bersemangat pada awalnya dan lama-kelamaan jawatan setiausaha akan menjadi satu beban dalam kehidupan.Dengan kata lain,kita akan rasa 'boring' dan tidak fokus dengan tugasan yang diberi. Akhirnya,kita gagal menjalankan amanah yang hakikatnya datang daripada Allah. Apa yang kita nak jawab di hadapan Allah kelak? 


"Ya Allah,jawatan ini tidak sesuai untuk aku..." 

 (Bukankah Allah lebih mengenali diri kita dan mengetahui tahap kemampuan hambaNya?)

"Ya Allah,aku tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan.Nak belajar,basuh baju...."  

(Umat Islam perlu mengamalkan konsep tawazun iaitu keseimbangan.    Nak kejar akhirat,tidak semestinya tinggalkan urusan dunia. Ingat,seimbang dalam segenap aspek kehidupan)

"Ya Allah,jawatan ini membosankan..!"  

(Allah menetapkan yang terbaik untuk hambanya.Mungkin sebelum ini kita jenis yang kelam-kabut dan     tidak terurus sedangkan kerja setiausaha memerlukan ketelitian dan kesabaran. Disitu,Allah ingin mengajar    hambaNya.Tanpa kita sedari.....)



Tiada alasan bukan untuk kita menolak takdir yang Allah tetapkan. Hendak ataupun tidak,kita mesti menerimanya dengan hati terbuka. Ikhlaskan niat kerana Allah,barulah dapat menikmati hasil kerja sendiri.Jiwa jadi tenang,fikiran jadi lapang,kerja pun jalan dan... pahala pun dapat!


Dekat sini Aishah nak bawa semua meneroka lautan yang luas dengan menaiki kapal Titanic yang mewah ke segenap pelosok dunia supaya kita sama-sama dapat mencari jawapan bagaimana nak jadikan jawatan setiausaha ini sebagai satu jawatan yang happy!

Apakah tujuan kita diciptakan diatas muka bumi ini? Tidak lain dan tidak bukan untuk beribadah kepada Allah. Maksudnya,seluruh kehidupan kita adalah ibadah kepada Allah. Dengan syarat,kita niat kerana Allah. Kalau tidak,sia-sia je kita buat sesuatu perkara tapi bukan tujuan untuk beribadah kepada-Nya.Satu persoalan disini,kenapa kita kena niat kerana Allah?

Cuba kita fikir sejenak,kalaulah seorang raja yang berdaulat beri kepada kita sebuah kereta mercedes dan sebuah banglo yang lengkap dengan 7 buah kolam renang dan sebuah teater didalamnya..sudah tentu kita gembira (senyum sampai ke telinga). Apa sahaja suruhan dan arahan raja tersebut kita akan laksanakan tanpa banyak tanya.Kita sanggup buat apa sahaja untuk raja tersebut.Betul,kan?


Begitu juga dengan Allah. Betapa banyaknya nikmat yang Allah bagi dan kekal sehingga kini. Nikmat oksigen,keluarga,sahabat... Tidah terkira!! Malangnya,amalan kita entah ke mana.. Kita tidak pula mendengar suruhannya. Sebab itulah,segala kehidupan kita kena niatkan kerana-Nya ^___^ Indah,kan?


Oleh itu,bangun sahaja daripada tidur kita kena mohon kepada Allah supaya permudahkan segala urusan kita.Niatkan segala amalan kita hanya kerana Allah. Muslim yang hebat ialah dia berjaya menjadikan kehidupannya sebagai medan untuk beribadah kepada Allah. Belajar sebagai ibadah. Sukan sebagai ibadah. Makan sebagai ibadah. Tidur sebagai ibadah. KERJA SETIAUSAHA JUGA DIJADIKAN SEBAGAI IBADAH.


Pelik tapi benar... 


"Aishah,bukan ke ibadah tu kat masjid. Macam mana pula nak jadikan kerja setiausaha sebagai ibadah?"


Sheikh Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:"Siapa yang cakap Islam itu hanya di masjid,maka dia telah menyempitkan Islam"


Hidup kita untuk beribadah,setiap inci bumi kita adalah mihrab. Tugasan setiausaha juga adalah ibadah. Kalau solat kita perlu buat yang terbaik,maka dalam tugasan juga kita perlu buat yang terbaik. Kerja setiausaha memerlukan ketelitian,kesungguhan,kesabaran,pengorbanan sebab hendak tunjukkan Islam kepada masyarakat.




Tetapi macam mana nak jadikan kerja setiausaha itu ibadah dan tunjukkan kepada masyarakat bahawa Islam tu boleh dipraktis dimana-mana,kalau kita yang hendak bawa tanggungjawab pun tidak serius.Sekiranya dalam solat kita tidak boleh main-main,dalam melaksanakan tanggungjawab pun tidak boleh main-main. Kalau tidak,macam mana nak tunjukkan ketinggian Islam kepada masyarakat?
Setiausaha bukanlah satu tugasan yang boleh dilaksanakan sendirian. Ia memerlukan kefahaman rakan sepasukan.Setiausaha perlu ada 'connection' antara satu sama lain kerana dia perlu berhubung dengan pelbagai jenis manusia. Cara penyelesaian-------------> Bina ukhwah!


Apabila kita membina hati,kekuatan yang sebenar akan datang. Kekuatan yang bagaimana?
Kekuatan 313 orang yang menewaskan 1000 orang.Kekuatan 1000 orang yang menandingi 3000 orang.Kekuatan 3000 orang yang menandingi 10,000 orang.
Angka pakah itu?
Itu adalah angka-angka pejuang Islam dan tentera kaum musyrikin dalam pertempuran Badar,Uhud dan Khandaq. Hebat,bukan?


Yang utama adalah HATI. Kita seimbangkan latihan rohani dan jasmani. Latihan hati pun perlu kuat. Pertingkatkan kedua-duanya,nescaya kita akan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sekiranya kita jaga dan laksanakan hak-hak Allah,Allah akan menjaga hak-hak kita. Kalau begitu,kita kena bermujahadah sedikit untuk istiqamah dalam semua amalan kita,al-Mathurat,solat,belajar,sukan,akhlak dan amalan-amalan sunat. Kalau hati kita bersih dan baik,maka pertolongan Allah juga mudah sampai kepada kita. Tugasan setiausaha pun menjadi mudah.

Tambahan,setiausaha adalah satu bentuk ibadah kepada Allah. Kita tidak mahu jawatan setiausaha menjadi sia-sia. Sahsiah adalah cermian hati. Kalau hati kita kotor,bagaimana hendak tunjukkan sahsiah terpuji? Hati yang kotor juga boleh menyebabkan kerja setiausaha menjadi tidak terurus.


Hidup kita memerlukan proses. Tanpa proses,maka tidak akan berlaku peningkatan dalam diri.Proses meletakkan diri kita pada tahap yang Allah mahu. Itulah dinamakan sebagai PROSES TARBIAH.


Tarbiah itu bukanlah segala-galanya,tetapi hendaklah segala-galanya adalah dengan tarbiah. Kalau kita meninggalkan tarbiah,hati kita akan menjadi lemah,jiwa akan menjadi gersang. Oleh itu,jadikan jawatan setiausaha sebagai medan tarbiah

Tarbiah kita menjadi seorang yang sabar,sistematik,suka berkorban dan menjadikan kita sebagai seorang yang bijak mengimbangi antara kemahuan dunia dan akhirat. Tidak dinafikan,tugasan setiausaha memang sibuk. Cekalkan hati!


Saling mendoakan agar terus diberi kekuatan Iman.. Kita membawa amanah yang besar! Biarpun orang lain memandangnya sebagai satu perkara yang kecil ;)